Skip to main content
Berita TempatanHomeSelangor

D.Y.M.M. Sultan Selangor Berkenan Sumbang Bantuan Hari Raya Kepada Golongan Asnaf

By 26 Mei 2019Tiada komen1 minit bacaan
Laporan / Foto Oleh : Mohd Shahfuri Saidan (Selangor)

BANDAR SERI PUTRA, 26 Mei (Malaysiaaktif) –Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj telah berkenan menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada golongan asnaf bersempena dengan Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat di Masjid Al-Azhar, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Bandar Seri Putra, Kajang di sini.

Pada majlis tersebut seramai 250 orang asnaf yang terdiri daripada fakir, miskin dan mualaf yang mana sebahagiannya terdiri daripada pelajar KUIS telah menerima sumbangan sebanyak RM500 setiap seorang.

Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj juga bersama hadirin berbuka puasa dan menunaikan solat maghrib berjemaah  diikuti solat Isyak serta Tarawih.

Turut bersama mengiringi baginda ialah Dato’ Menteri Besar Amirudin Shari, Dato’ Setia Haji Mohammed Khusrin Haji Munawi, Pengerusi MAIS dan Dato’ Haris Kasim, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor.

-NAZ

Tinggalkan komen anda