Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Kerajaan Negeri Pulau Pinang Komited Bantu Semua Kaum

By 22 Mei 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:
Laporan/foto: S.Shanmuganathan (Timur Laut)

GEORGETOWN, 22 Mei (Malaysiaaktif) – Kerajaan Negeri Pulau Pinang komited dalam membantu semua kaum  sejak tahun 2008. Pelbagai program dan bantuan telah di laksanakan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat di Pulau Pinang dan tiada yang akan terpinggir menurut YAB Ketua Menteri Pulau Pinang YB Chow Kon Yeow, pada majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan kepada meraka yang memerlukan di Dewan Flat Turnkey semalam.

Majlis ini adalah anjuran Persatuan Peniaga – Peniaga Chowrasta dengan kerjasama Pejabat Penerangan Daerah Timur Laut dan pelbagai  pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Objektif program ini diadakan untuk meraikan Bulan Ramadhan yang penuh nikmat dan kesyukuran serta mengeratkan hubungan silaturahim dikalangan masyarakat setempat. Selain itu, dapat memupuk sifat tolong- menolong dan membantu golongan yang kurang berkemampuan bagi bersama- sama menjalani ibadah puasa.

YB Dato Haji Rashid Hasnon menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima

YB Dato Haji Rashid Hasnon menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima

Pengerusi Persatuan Peniaga Chowrasta , Nasir Mohideen berkata majlis ini menyemarakkan semangat perpaduan serta keharmonian di kalangan masyarakat

Salah seorang penerima bantuan , Aishah Bibi Muhammad, 70 mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri dan NGO yang menghulurkan bantuan barangan keperluan asas yang memberi makna kepadanya di Bulan Ramadhan ini.

Lebih 500 masyarakat setempat hadir pada majlis tersebut

 500 masyarakat setempat hadir pada majlis tersebut yang terut berbuka puasa berasam YAB Ketua Menteri

Seramai 500 orang hadir dalam menjayakan program ini, turut hadir bersama Timbalan Speaker Dewan Rakyat , YB Dato Hj Rashid Hasnon, Mufti Negeri Pulau Pinang Dato Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor dan Adun Komtar, Teh Lai Heng.

Tinggalkan komen anda