Skip to main content
Berita TempatanHomePutrajaya

KPWKM Terbuka Cadangan Pemerkasaan OKU

By 31 Mei 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

PUTRAJAYA, 31 Mei (Malaysiaaktif) – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sentiasa terbuka dengan sebarang cadangan atau input daripada mana-mana pihak untuk penambahbaikan demi pemerkasaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia.

KPWKM dalam kenyataan hari ini berkata ia sedang meneliti memorandum yang diserahkan aktivis OKU semalam yang mendakwa suara mereka tidak diberi perhatian.

Menurut KPWKM, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan timbalannya Hannah Yeoh telah pun mengadakan beberapa sesi perjumpaan dan libat urus bersama beberapa badan bukan kerajaan (NGO).

“Tidak timbul isu kerajaan mengabaikan OKU,” kata kementerian itu.

Menurut KPWKM lagi, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melalui Jabatan Pembangunan OKU juga sentiasa melaksanakan program pemerkasaan dan penyampaian perkhidmatan serta maklumat kepada OKU.

Ini termasuk program ‘Disability Equality Training’ (DET), menggiatkan usaha pendaftaran OKU di peringkat negeri dan daerah, perkhidmatan ‘Job Coach’, mewujudkan sub-kategori bagi Kad OKU Pembelajaran dan program ‘Independent Living’.

“Fokus Kementerian buat masa ini adalah untuk memastikan penglibatan sekurang-kurangnya 1 peratus OKU dalam bidang pekerjaan dapat dicapai, satu perkara yang tidak dapat dilaksanakan oleh Kerajaan terdahulu,” katanya.

Semalam, beberapa aktivis OKU menghantar memorandum kepada KPWKM memohon kerajaan segera menyelesaikan isu yang berkaitan golongan itu antaranya kajian semula dan kemaskini dasar untuk OKU di bawah JKM, menguatkuatkuasakan Konvensyen Mengenai Hak OKU dan kemudahan infrastruktur. — BERNAMA

Tinggalkan komen anda