Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

1000 Hadir Program World #QuranHour di Masjid Muhammadi Kota Bharu

By 31 Mei 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/Foto: Mohd Suhaidi Mat Jusoh (Kota Bharu)

Kota Bharu, 31 Mei (Malaysiaaktif) – Gelombang membaca Al-Quran di kalangan umat Islam terus memucak di penghujung Ramadan. Membaca Al-Quran bukan saja untuk difahami dan diamalkan malah untuk dijadikan panduan kehidupan.

Lantaran itu, satu program untuk memahami dan mengalakkan umat Islam membaca Al-Quran telah diadakan pada pagi ini di Masjid Muhammadi Kota Bharu iaitu Program World #QuranHour.

Melalui program ini umat Islam tidak kira peringkat usia digalakkan membaca dan menghayati isi kandungan Al-Quran walaupun dalam masa satu jam.

Seorang peserta yang hadir di program tersebut, Daud Tukiman, 65, berkata beliau datang dari Batu Pahat Johor dan sudah dua minggu berada di Kelantan bagi mengikuti kelas pengajian agama di masjid berkenaan. Dengan adanya Program World #QuranHour dapatlah beiau membaca dan mempelajari Al-Quran secara mendalam.

Sebahagian daripad 1000 peserta yang mengikuti progragram World #Quran Hour di Masjid Muhammadi Kota Bharu

Sebahagian daripad 1000 peserta yang mengikuti progragram World #Quran Hour di Masjid Muhammadi Kota Bharu

“Saya rasa bertuah dan gembira apabila mengikuti program membaca Al-Quran pada pagi ini, walaupun jauh saya datang dan menginap di hotel dekat dengan masjid, saya puas hati, apa yang saya dapat di sini,” kata beiau ketika ditemui MalaysiaAktif.

Pesara guru yang juga bapa kepada 5 anak ini mengatakan, hanya berpeluang meluangkan masa mendekati Al-Quran setelah pencen.

Sementara itu bagi Datuk Wan Razali Wan Kadir, 64, daripada Besut Terengganu, berkata beliau bersyukur dapat mengikuti program ini.

Dahulu semasa bertugas sebagai pemandu kapal terbang, beliau tidak ada masa untuk mempelajari dan membaca Al-Quran.

“Alhamdulillah, Allah izinkan saya menyertai progam ini, sebelum ini sibuk tugas di udara, tidak ada masa untuk mengaji Al-Quran,” ujar beliau.

Program World #QuranHour anjuran Akhbar Sinar Harian, Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Masjid Muhammadi Kota Bharu diadakan bermula 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari.

Seramai 1000 peserta terdiri pelajar pondok, pusat tahfiz, mahasiswa Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan orang awam terlibat.

Program ini telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia Dan Sukan Negeri Kelantan, Wan Ruslan Wan Hamat. Turut hadir Imam Tua Masjid Muhammadi, Rosli Che Soh.

-NAZ

Tinggalkan komen anda