
Laporan/foto: Fatin Nabila Muktar/Normah Ramli (Kota Setar)
ALOR SETAR, 25 Mei (Malaysiaaktif) – Seramai 50 orang termasuk anak-anak yatim, fakir miskin dan ibu tunggal dalam kariah ini dibawa ke sebuah pasaraya dengan menaiki bas bagi memilih baju raya dan keperluan masing- masing.
Program anjuran Masjid al-Ummah Jalan Telok Chengai yang diketuai Imam Nazmi Ismail telah membawa mereka ini memilih pakaian baharu, di sini hari ini.
Menurut Nazmi, pihak masjid telah memperuntukkan sebanyak RM5000 kepada golongan ini bagi mereka memilih pakaian dan keperluan masing-masing sempena raya nanti.
“Dengan bantuan sebegini dapatlah sedikit sebanyak meringankan beban mereka,” ujar Pensyarah Politeknik Arau berusia 36 tahun ini.
Program anjuran Masjid Al Ummah dengan kerjasama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) ini turut dijayakan dengan kerjasama daripada orang ramai yang menyumbang.
–SH