Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurMATerengganu

Operasi Pemeriksaan Bazar Ramadan

By 22 Mei 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:
Laporan/foto: Mohd Syukri Ibrahim/MySihat Kemaman (Kemaman)

CHUKAI, 22 Mei (Malaysiaaktif) – Sebanyak 62 gerai telah diperiksa daripada 243 gerai yang berdaftar dengan pihak Majlis Perbandaran Kemaman( MPK)  melibatkan 142 orang pengendali makanan, baru-baru ini.

Dr. Mohd Anuar Abd. Rahman, Pegawai Kesihatan Daerah Kemaman mengetuai pasukan kesihatan dari Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman dalam pemeriksaan premis bazar di Bazar Jalan Padang, Chukai.

Hasil pemeriksaan sebanyak 54 premis gerai melebihi 80% rating kebersihan Gred A.

Kesemua 142 pengendali yang diperiksa juga telah mendapat suntikan antitifoid.

Petugas Kesihatan Kemaman memantau peniaga di bazar ramadhan

Petugas Kesihatan Kemaman memantau peniaga di bazar ramadhan

Namun seramai 116 pengendali yang mempunyai Sijil Latihan Pengendali Makanan dan selebihnya gagal membuktikan kehadiran dengan alasan seperti tertinggal di premis jualan asal.

Dr. Mohd Anuar berkata para peniaga diarahkan agar mendapat latihan pengendalian makanan di tempat yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan kadar segera walaupun pengendali tersebut hanyalah pekerja atau pembantu sementara.

“Kita berharap kes keracunan makanan orang awam akibat membeli makanan di bazar ramadhan pada tahun ini adalah sifar.

“Para pengusaha dan pengendali bazar Ramadan adalah diingatkan agar sentiasa mematuhi segala Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 agar dapat menghindari daripada berlakunya kes tidak diingini seperti keracunan makanan,” tambahnya lagi.

EM

Tinggalkan komen anda