Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Peniaga Bazar Ramadan Degil Dikompaun Serta Merta

By 22 Mei 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/foto: Tg. Saipulah Tg. Mohamed (Kuala Nerus)

GONG BADAK, 22 Mei (Malaysiaaktif) – Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu telah mengeluarkan 38 kompaun sepanjang Ramadan ini bernilai RM4,000 terhadap penjual dan pengendali makanan atas pelbagai kesalahan sehingga 14 Mei lalu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Dr. Mohd Jusoh berkata, kompaun yang dikeluarkan atas pelbagai jenis kesalahan mengikut Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan dan antara kesalahan yang paling banyak dilakukan ialah peniaga gagal mendapatkan suntikan antitifoid, tidak memakai apron dan memakai cincin, gelang atau jam semasa mengendalikan makanan.

Datuk Raja Kamarul Bahrin menyampaikan cenderamata berupa apron dan buku kepada peniaga bazar ramadan Gong Badak

Datuk Raja Kamarul Bahrin menyampaikan cenderamata berupa apron dan buku kepada peniaga bazar ramadan Gong Badak

Sementara itu, pihaknya telah  mengambil 83 sampel makanan untuk diuji dan sebanyak 1,667 daripada 4,086 gerai di bazar ramadan telah menjalani pemeriksaan.

Menurutnya lagi, Kuala Terengganu mencatatkan kompaun tertinggi dikenakan iaitu 21 notis diikuti Setiu (sembilan notis), Dungun (tiga notis), Kemaman (dua notis), Hulu Terengganu (dua notis) dan Besut (satu notis).

Datuk Raja Kamarul Bahrin memakaikan apron kepada peniaga

Datuk Raja Kamarul Bahrin memakaikan apron kepada peniaga

Menurut seorang peniaga di bazar ini, Mohd Hairi Samad, 48, beliau sentiasa memberi keutamaan terhadap aspek kualiti makanan yang dijual sepanjang ramadan ini.

Tambahnya lagi, pada masa sekarang apabila pelanggan tidak berpuas hati dengan kualiti makanan yang mereka beli di bazar, mereka akan memaparkan dalam media sosial untuk menarik perhatian ramai dan perkara memberi kesan negatif kepada peniaga.

Mohd Hairi Samad, salah seorang peniaga bazar ramadan Gong Badak

Mohd Hairi Samad, salah seorang peniaga bazar ramadan Gong Badak

Hadir sama Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Raja Kamarul Bahrin  yang merasmikan Kempen Keselamatan Makanan Serta Nafas Baru Bermula Ramadan Peringkat Daerah Kuala Nerus.

EM

Tinggalkan komen anda