Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelaka

Pelancaran Bulan Kebangsaan 2019 – Melaka, Segalanya Bermula di sini

By 24 Mei 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:
Laporan/foto: M Zakry Chan/ Nur Fariza Farnoh

AYER KEROH, 24 Mei (Malaysiaaktif) – Segalanya bermula di sini, mengimbau detik 63 tahun yang lalu, kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu yang telah diumumkan di Padang Banda Hilir, Melaka pada 20 Februari 1956 oleh Tunku Abdul Rahman.

Tahun ini detik sejarah tersebut bakal terlakar kembali apabila Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Kebangsaan 2019 bakal diadakan di Negeri Melaka pada 3 Ogos ini.WhatsApp Image 2019-05-24 at 16.48.01

Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Gobind Singh Deo, kebinet membuat keputusan memilih Melaka atas sejarah 63 tahun dahulu apabila Bapa Kemerdekaan Malaysia mengumunkan tarikh kemerdekaan negara di Dataran Pahlawan Banda Hilir.

“Walaubagaimana pun lokasi sambutan masih belum diputuskan kerana perlu mengambil kira padangan kerajaan negeri atas faktor kehadiran orang ramai dan kesesakan di kawasan tersebut yang dijangka dihadiri oleh kira-kira 10,000 orang.

“Beberapa tempat yang dicadangkan antaranya adalah Dataran Pahlawan, Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC) dan Memorial Kemerdekaan.

“Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dijadualkan akan menghadiri pelancaran tersebut yang bertemakan Sayangi Malaysiku, Malaysia Bersih,” katanya pada sidang media di Seri Negeri, di sini, pagi tadi.

Terdahulu Gobind membuat kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Melaka Adly Zahari di pejabatnya di sini, turut bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Hasim Hasan, Exco Komunikasi, Multimedia, NGO, Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Melaka, Kerk Chee Yee, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia (Penerangan Strategik), Roselindawati Abdul Rahman, Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Melaka, Mohd Rizal Hashim dan ketua jabatan agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) di negeri ini.WhatsApp Image 2019-05-24 at 16.49.13

Tinggalkan komen anda