Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomePahang

JaPeN Pahang Raikan 30 Anak Yatim dan Fakir Miskin

By 24 Mei 2019Jun 15th, 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/ foto: Pai Syahira/ Nassa Manaf (Pahang)

KUANTAN, 24 Mei (Malaysiaaktif) – Seramai 30 anak yatim dan fakir miskin dari Rumah Kebajikan Anak Yatim Permata Insyirah Sungai Isap, diraikan dalam majlis sederhana tetapi meriah bersama warga Jabatan Penerangan (JaPen) Pahang di Kompleks Dalam Negeri Indera Mahkota, Kuantan, baru-baru ini.

Pengarah Penerangan Pahang, Encik Salmun Mustafa menyampaikan cendera hati kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Hajjah Fuziah Salleh.

Pengarah Penerangan Pahang, Encik Salmun Mustafa menyampaikan cendera hati kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Hajjah Fuziah Salleh.

Program Sepakat@Komuniti Jabatan Penerangan Negeri Pahang turut diadakan di seluruh daerah di Pahang dan bersempena Ramadan, program ini diserikan dengan acara berbuka puasa serta penyampaian sumbangan dan bantuan kepada yang memerlukan.

“Program seumpana ini diadakan di seluruh daerah di Pahang dengan skala yang tidak besar tetapi memberi impak dan dengan program ini, kita dapat mendekati masyarakat,” ujar Pengarah Penerangan Pahang, Mohd Salmun Mustafa.

Selain itu, program ini dilaksanakan bagi memupuk hubungan silaturrahim dalam kalangan pemimpin masyarakat dan anak yatim serta fakir miskin.

“Selain daripada mendekati masyarakat, maklumat dan dasar-dasar kerajaan dapat disampaikan kepada rakyat melalui program yang santai dan penuh nilai kemasyarakatan,” tambah beliau.

Pendekatan bersama anak yatim dan golongan asnaf dapat meningkatkan penghayatan dan amal ibadah sempena bulan Ramadan al-Mubarak.

Hadir sama dalam program ini adalah Timbalan Menteri (Agama) di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Hajah Fuziah Salleh dan Setiausaha Permata Insyirah, Ustaz Hamdan Yusi Yusoff.

Anak- anak Permata Insyirah diraikan bersama YB Hajjah Fuziah Sallleh dalam Program Sepakat@Komuniti Jabatan Penerangan Pahang

Anak- anak Permata Insyirah diraikan bersama YB Hajjah Fuziah Sallleh dalam Program Sepakat@Komuniti Jabatan Penerangan Pahang

 

-KN

Tinggalkan komen anda