Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Pelbagai Usaha Tangani Kepupusan Bahasa KDM

By 23 Mei 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:
Laporan/foto: Eviannie Kin/Johnny George Kimlon (Kota Kinabalu)

PENAMPANG, 23 Mei (Malaysiaaktif) – Pelbagai usaha dilakukan untuk menangani kepupusan penggunaan Bahasa Kadazan Dusun dan Murut (KDM) dalam kalangan generasi muda kini.

Pemegang Kursi Kadazan-Dusun Universiti Malaysia Sabah (UMS), Profesor Madya Dr Andreas Totu berkata kurangnya kesedaran terhadap kepentingan penggunaan bahasa ibunda membangkitkan usaha-usaha untuk menangani senario tersebut.

Wilfred (kanan) menyampaikan hadiah kepada johan Pertandingan Bercerita KDM bagi Tahap Dua.

Wilfred (kanan) menyampaikan hadiah kepada johan Pertandingan Bercerita KDM bagi tahap dua.

Beliau menjelaskan, usaha tersebut bermula sejak tahun 1989 lagi dan setakat ini terdapat 40 orang graduan major dalam Bahasa Kadazan-Dusun (BKD) dari Institut Pendidikan Guru (IPG) Kent Tuaran berjaya menjadi pendidik manakala seramai 20 orang akan menamatkan pengajian pada tahun ini.

“Bukan mudah untuk menyediakan kurikulum lengkap seperti BKD tetapi sebagai permulaan, pengajaran komunikasi harian boleh diusahakan agar penggunaan bahasa ibunda suku masing-masing dapat dipraktikkan di rumah dan dalam kalangan kawan-kawan yang mempunyai dialek yang sama.

Aksi peserta pertandingan yang bersemangat bercerita dalam bahasa KDM.

Aksi peserta pertandingan yang bersemangat bercerita dalam bahasa KDM.

“Selari dengan semangat itu, penganjuran pertandingan bercerita dalam bahasa KDM pada kali ini membolehkan para peserta menggunakan dialek masing-masing.

“Usaha kerdil ini diharap akan dapat memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda masing-masing agar tidak pupus ditelan zaman,” katanya semasa menyampaikan ucapan aluan di Majlis Perasmian Penutupan Pertandingan Bercerita KDM sempena Perayaan Pesta Kaamatan 2019.

Tambah Andreas, program seumpamanya mampu menerapkan keinginan kuat untuk memelihara dan memulihara budaya KDM seterusnya mempromosikan budaya tersebut kepada orang lain di peringkat nasional dan antarabangsa.

Seramai 38 pelajar sekolah rendah seluruh Sabah menyertai pertandingan bercerita yang julung kali diadakan dan majlis penutupan disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Wilfred Madius Tangau merangkap Menteri Perdagangan dan Perindustrian Sabah di Dewan Terbuka KDCA, petang Rabu.

EM

Tinggalkan komen anda