Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanMA

Portal MBS, ‘One Stop Centre’ Buat Golongan Belia

By 23 Mei 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/foto: Nur Effa Maruf/Azman Jumat (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 23 Mei (Malaysiaaktif) – Aspirasi golongan belia yang terdiri daripada anak muda pada hari ini bukan lagi dipandang sebagai angan-angan Mat Jenin.

Idea mereka mula diangkat dan direalisasikan menjadi kenyataan. Setiap suara yang dilontar daripada belia kini dianggap penting sebagai antara penyumbang terhadap kemajuan negara.

Selari dengan arus kemodenan pada hari ini, sebuah laman web Majlis Belia Sabah dilancar oleh Menteri Belia dan Sukan Sabah, Phoong Jin Zhe sebagai ‘One Stop Centre’ buat golongan tersebut.

Menurut Presidennya, Ahmad Farid Sainuri, portal ini dilancarkan sebagai inisiatif buat golongan belia mendapatkan maklumat berkenaan dengan peluang pendidikan, keusahawanan, program kepimpinan dan program antarabangsa.

Presiden Majlis Belia Sabah, Ahmad Farid Sainuri

Presiden Majlis Belia Sabah, Ahmad Farid Sainuri

“Apabila kita pergi ke kawasan pedalaman di Sabah, ramai anak muda yang mengeluh mengenai capaian informasi terkini mengenai pendidikan ataupun bidang perniagaan.

“Mereka tidak tahu di mana sumber yang boleh mereka rujuk untuk mendapatkan maklumat-maklumat tersebut.

“Walhal, begitu banyak peluang, latihan dan geran perniagaan yang disediakan buat golongan belia hari ini daripada pihak kerajaan.

Phoong (tengah) melancarkan laman web MBS

Phoong (tengah) melancarkan laman web MBS

“Oleh itu, kami mengambil kira permasalahan mereka dan mewujudkan portal MBS demi memudahkan golongan ini mendapatkan pelbagai info yang berguna khusus buat mereka sendiri,” katanya ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa bersama Media dan Pelancaran Laman Web MBS di sebuah hotel, semalam.

Tambah Farid, anak muda yang gagal dalam peperiksaan SPM tidak seharusnya berputus asa dalam kehidupan mereka.

“Masih terdapat peluang untuk mereka belajar kemahiran ataupun mendapatkan geran perniagaan. Maklumat-maklumat ini tersedia dalam portal MBS.

Infografik Majlis Berbuka Puasa bersama Media dan Pelancaran Laman Web MBS.

Infografik Majlis Berbuka Puasa bersama Media dan Pelancaran Laman Web MBS.

“Kami juga menyediakan ruang buat pengguna untuk menambah apa sahaja maklumat bersesuaian yang mereka ketahui yang tidak tersenarai dalam portal ini,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Farid turut menyeru golongan belia supaya tidak melepaskan apa sahaja peluang yang diberikan oleh Kerajaan Negeri mahupun Persekutuan.

Ahli-ahli MBS dan Farid (duduk, empat dari kiri) bergambar kenangan bersama Phoong (duduk, tengah).

Ahli-ahli MBS dan Farid (duduk, empat dari kiri) bergambar kenangan bersama Phoong (duduk, tengah).

“Kami berharap selepas ini lebih ramai penyertaan daripada golongan belia dalam apa sahaja aktiviti yang disediakan oleh kerajaan dan tidak mensia-siakannya,” ujar beliau.

Para belia yang mahu mendapatkan info dan pengetahuan terkini mengenai peluang sedia bolehlah melayari laman web Majlis Belia Sabah di www.beliasabah.org.my .

EM

Tinggalkan komen anda