Skip to main content
Berita Tempatan

PH Jadikan Malaysia Lebih Demokratik, Bersih dan Berintegriti

By 12 Mei 2019Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:
Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus & Haziq Ruslain

LABUAN, 12 Mei (Malaysiaaktif) – Kerajaan Pakatan Harapan yang sudah setahun mengemudi kerajaan mengambil pelbagai inisiatif dalam memerangi rasuah bagi merealisasikan pentadbiran Malaysia Baharu yang lebih demokratik, bersih dan berintegriti.

Menurut Pengerusi Pakatan Harapan W.P Labuan, Simsudin Sidek, dalam tempoh setahun memerintah, pelbagai kejayaan dicapai namun tidak menafikan terdapat beberapa kekurangan yang harus diperbaiki disebabkan pelbagai cabaran yang dihadapi dan ianya mengambil sedikit masa.

Simsudin

Simsudin

“Pakatan Harapan Wilayah Persekutuan Labuan menyambut baik pendekatan Kemakmuran Bersama yang telah diungkapkan dalam Perutusan Perdana tempoh hari.

“Dengan pendekatan Kemakmuran Bersama ini, saya percaya ekonomi negara akan lebih berkembang sekaligus menjadikan Malaysia sebuah negara yang membangun dan mewujudkan keharmonian serta kestabilan rakyat Malaysia khususnya di Labuan,” katanya menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan petag tadi.

Beliau juga berdoa semoga Malaysia akan terus berada di landasan yang tepat di mana rakyat dilimpahi nikmat keamanan dan kemakmuran.

EM

Tinggalkan komen anda