Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanHomeLabuan

Ziarah Ramadhan MPPWPL Jalin Ukhwah Umat Islam

By 12 Mei 2019Mei 16th, 2019Tiada komen1 minit bacaan
Laporan/foto: Haziq Ruslain

LABUAN, 12 Mei ( Malaysiaaktif) – Ziarah Ramadhan 2019 anjuran Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan Labuan (MPPWPL) mengeratkan silatulrahim serta mewujudkan jalinan ukhuwah dalam kalangan umat Islam.

Menurut Pengerusinya Simsudin Sidek, Ziarah Ramadhan itu adalah inisiatif MPPWPL bagi mendekati masyarakat setempat serta golongan kurang berkemampuan.

“MPPWPL juga menghulurkan sedikit sumbangan yang menandakan keprihatinan kami bagi meringankan beban mereka tanpa mengenal sempadan politik.”

Simsudin (empat dari kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada wakil masjid

Simsudin (empat dari kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada wakil masjid

“Surau Uwais al-Qarani, Kampung Pantai merupakan destinasi pertama program dan akan menjelajahi seluruh kampung sepanjang bulan Ramadan,” katanya ditemui pada program itu semalam.

Tambahnya, program ini juga adalah platform terbaik untuk merapatakan hubungan antara agensi-agensi yang terlibat dengan masyarakat sambil menyampaikan maklumat yang tepat.

Turut hadir Ahli-ahli Jawatankuasa MPPWPL dan pegawai agensi yang terlibat.

EM

Tinggalkan komen anda