Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahMASelangor

Selangor Cadang Ambil Alih Kutipan Caj 20 Sen Beg Plastik – EXCO

By 16 Mei 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:
Laporan / Foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

GOMBAK, 16 Mei (Malaysiaaktif – Kerajaan Selangor akan mengubah mekanisme kutipan caj 20 sen penggunaan plastik di semua pasaraya selewatnya tahun hadapan untuk memperkemaskan langkah mengurangkan penggunaan bahan tersebut.

EXCO Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) dan Hal Ehwal Pengguna Selangor, Hee Loy Sian berkata, caj penggunaan beg plastik akan dikutip melalui semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor untuk program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

“Kita sedang kaji pelaksanaannya dengan mekanisme yang mudah. Kita akan mulakan tahun ini atau tahun hadapan. Kerajaan negeri yang akan kutip, bukan pasaraya lagi.

Loy Sian (kiri) menyerahkan bubur lambuk kepada peniaga Bazar Ramadhan Taman Greenwood selepas merasmikan program Bazar Ramadhan Mampan dan Kempen Amalan Hijau, semalam.

Loy Sian (kiri) menyerahkan bubur lambuk kepada peniaga Bazar Ramadhan Taman Greenwood selepas merasmikan program Bazar Ramadhan Mampan dan Kempen Amalan Hijau, semalam.

“Dulu kita benarkan pasaraya kutip dengan harapan mereka akan buat program-program CSR dan alam sekitar. Tapi kita dapati ada pasaraya yang buat dan tidak buat, sebab itu kita ambil alih kutipan tersebut,” katanya.

Katanya, hasil kutipan itu akan diserahkan kepada PBT untuk dimasukkan ke dalam Tabung Amanah Negeri bagi melaksanakan program-program yang berkaitan.

“Caj kutipan tersebut akan digunakan untuk melaksanakan kempen-kempen alam sekitar seperti mengedarkan lebih banyak beg kitar semula kepada pengguna dan program alam sekitar termasuk tanam pokok,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas merasmikan program Bazar Ramadan Mampan dan Kempen Amalan Hijau dengan kerjasama Majlis Perbandaran Selayang (MPS) di Taman Greenwood, di sini semalam.

Selangor mula melaksanakan kempen Hari Tanpa Beg Plastik pada 2010, dengan sokongan kebanyakan pasar raya besar, pasar mini dan premis perniagaan pada setiap hari Sabtu.

Kempen itu kemudiannya dilanjutkan kepada setiap hari mulai 1 Januari 2017. Pengguna perlu membayar 20 sen untuk setiap beg plastik dan wang itu disalurkan kepada program kepenggunaan atau pemuliharaan alam sekitar.

-NAZ

Tinggalkan komen anda