Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

MARA dan KEMAS Julang Martabat Guru

By 16 Mei 2019Tiada komen2 minit bacaan
 Laporan/foto: Edawati [email protected]/Parameswary Lekshmnan (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 16 Mei (Malaysiaaktif) –  ‘Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi’ membawa makna yang cukup mendalam buat semua guru.

Tema ini menggambarkan betapa pentingnya peranan yang harus digalas oleh semua guru bukan sahaja dalam proses pembelajaran dan pengajaran, malah menjadi motivasi kepada pelajar untuk mencapai kejayaan dalam bidang akademik, kerjaya dan keusahawanan.

Menurut Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Rina Mohd Harun, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KLB) memandang serius akan pembangunan dan pendidikan rakyat.

Dari kiri: Sivarasa, Rina Harun dan Ahmad Jailani semasa sesi sidang media.

Dari kiri: Sivarasa, Rina Harun dan Ahmad Jailani semasa sesi sidang media.

“Teras Modal Insan, teras ke-6 dalam Pelan Harapan Pembangunan Luar Bandar membuktikan betapa seriusnya KPLB dalam melahirkan generasi muda yang lebih berilmu, berkemahiran dan berdaya saing bukan hanya di peringkat negara, malah lebih luas di peringkat global.

“Majlis Amanah Rakyat (MARA) kini mempunyai hampir 115,000 pelajar yang aktif menjadi aset negara, malah pada tahun 2018 sahaja, lebih 18,000 orang profesional dalam bidang kejuruteraan, kedoktoran dan perakaunan serta lebih 33,000 graduan dalam bidang teknologi dan vokasional yang dilahirkan melalui Pusat Institusi Pendidikan MARA (IPMa),” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Sambutan Hari [email protected] 2019 di Bangunan MARA, di sini hari ini.

Peningkatan sebanyak 85 peratus kebolehpasaran graduan MARA membuktikan bahawa IPMa dan Pelan Pembangunan Pendidikan MARA berjaya mewujudkan graduan berdaya saing dan mampu mendepani cabaran masa depan.

Rina turut menggesa agar semua warga pendidik menggunakan teknologi terkini dalam sesi pembelajaran dan pengajaran seiring dengan perkembangan teknologi masa kini.

“KPLB telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM1.1 billion belanja mengurus, RM180 juta belanja pembangunan dan RM2 billion bagi program penajaan pelajaran MARA pada tahun ini.

“Manakala RM30.8 juta untuk operasi prasekolah dan RM120 juta bagi bantuan makanan tambahan serta RM38.5 juta untuk pembangunan pendidikan awal kakak-kakak di KEMAS turut diperuntukkan,” tambahnya.

Dalam pada itu, seramai 130 orang guru MARA dan KEMAS turut diraikan selain 14 orang warga pendidik menerima watikah kenaikan pangkat atas kecemerlangan dan kesungguhan dalam menjalankan amanah sebagai pendidik.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Sivarasa Rasiah dan Ketua Setiausaha KPLB, Datuk Dr. Ahmad Jailani Muhamed Yunus.

-SH

Tinggalkan komen anda