Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

JaPen Sabah Anjur Pameran Malaysia Baharu

By 28 Jun 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Yaacob Hamud/Ahmad Sarujin Seting (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 28 Jun (Malaysiaaktif) – Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) Sabah akan menganjurkan Pameran Malaysia Baharu sempena pertandingan Pengisahan dan Pidato Kenegaraan Peringkat Negeri Sabah 2019 di Suria Sabah, 5 Julai ini.

Menurut Pengarah Penerangan Negeri Sabah (PPNS) Norzawiyah Bulka, objektif utama penganjuran pameran berkenaan adalah untuk menyampaikan maklumat terkini pencapaian cemerlang kerajaan baharu sempena setahun pentadbiran.

Yusof (kanan) mengalukan kehadiran Norzawiyah (tengah) dan rombongan.

Yusof (kanan) mengalukan kehadiran Norzawiyah (tengah) dan rombongan.

“Pameran ini adalah platform kepada jabatan dan agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) untuk menyalurkan informasi terkini mengenai dasar-dasar baharu kerajaan kepada seluruh rakyat di peringkat akar umbi di negeri ini.

“Selain JaPen Sabah, agensi lain yang akan terlibat adalah RTM, Suruhanjaya Komunikasi Malaysia (SKMM), POS Malaysia, Telekom Malaysia dan BERNAMA,” katanya selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Pelajaran dan Inovasi, Datuk Dr. Yusof Yacob di Bangunan Wisma Bandaraya, pada Jumaat.

Norzawiyah turut memaklumkan kepada Yusof mengenai aktiviti serta perancangan JaPen Sabah bagi tahun 2019.

Norzawiyah semasa menandatangani buku lawatan.

Norzawiyah semasa menandatangani buku lawatan.

“Turut dimaklumkan kepada beliau adalah mengenai Penubuhan Komuniti Harapan Malaysia (KHM) di bawah Jabatan Penerangan Malaysia.

“Kita merancang untuk menubuhkan 145 KHM di Sabah iaitu dua komuniti bagi setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) dan sebuah KHM bagi setiap Parlimen,” kongsinya kepada pemberita.

Penubuhan KHM adalah bertujuan untuk membina rangkaian rakan strategik JaPen Sabah hingga di peringkat akar umbi selain mengukuhkan jaringan komunikasi dan kerjasama antara rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Yusof meneliti kertas kerja Komuniti Harapan Malaysia.

Yusof meneliti kertas kerja Komuniti Harapan Malaysia.

Untuk rekod, kunjungan tersebut adalah yang pertama selepas Yusof dilantik sebagai Exco Penerangan negeri Sabah yang baharu

Hadir sama dalam kunjungan tersebut adalah Ketua Penolong Pengarah (KPP) Penerbitan Dasar Negara Azman Sipan, KPP Geraksaraf dan Pengurusan Isu Zulhanin Hasni dan Penolong Pengarah PKPM Marklin Brunei.

-EM

Tinggalkan komen anda