
Laporan/foto: Pai Syahira (Pahang)
KUANTAN, 21 Jun (Malaysiaaktif) – 353 unit kediaman mampu milik bakal dibina secara berperingkat di Maran memberi keunikan tersendiri dengan adanya pasar terapung di sekeliling pembangunan dengan kos sebanyak RM260 juta.
“Projek ini akan menjadi mercu tanda baharu kawasan Bandar Pusat Jengka di Maran dan difahamkan turut dibina ialah pasar terapung yang pertama di Pahang yang dilihat akan menjadi nilai tambah projek tersebut,” kata Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Projek tersebut dibangunkan bagi memberi peluang kepada lebih ramai rakyat Pahang memiliki rumah sendiri dengan harga yang mampu milik.
Beliau berkata daripada jumlah tersebut, ianya melibatkan kesemua 353 unit rumah di atas tanah berkeluasan 122 ekar di daerah Maran.
Manakala fasa pembangunannya akan dilakukan secara berperingkat dan fasa pertama dijangka siap pada 2021.
“Fasa pertama kawasan perumahan itu dijangka siap 2 tahun lagi dan siap sepenuhnya 3 tahun lagi,” ujarnya.
“Projek yang dimajukan ini ditawarkan pada harga bermula RM80,000”
Wan Rosdy berkata demikian selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Cadangan Projek, Perumahan Mampu Milik dan Perniagaan Atas Tanah Kerajaan di Wisma Sri Pahang.
Dalam pada itu, sebanyak 352 unit hartanah komersial turut dibina melibatkan rumah komersial, hotel, pasar raya, kedai pejabat dan stesen minyak.
-KN