Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Perpaduan Kaum Penting Dalam Pembangunan Sabah

By 21 Jun 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Sahiman Rahman/Azman Jumat (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 21 Jun (Malaysiaaktif) – Pembangunan dan kemajuan Sabah dapat direalisasikan melalui kesatuan dan perpaduan kaum.

Azis (dua dari kanan), Kenny(kedua dari kiri) dan Azhar (kanan) menyambut ketibaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik, Loretto Padua dalam Majlis Sambutan Hari Raya parlimen Sepanggar.

Azis (dua dari kanan), Kenny (kedua dari kiri) dan Azhar (kanan) menyambut ketibaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik, Loretto Padua dalam Majlis Sambutan Hari Raya parlimen Sepanggar.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata fahaman sempit terhadap agama serta sikap perkauman akan membantutkan usaha penyatuan dan menghalang kemajuan negeri.

“Sikap saling hormat menghormati dan bertoleransi antara satu dengan lain akan mengukuhkan lagi jalinan persaudaran dan perpaduan di negara kita.

Shafie (depan, dua dari kanan) bersama Shuryani (depan, kanan) berbual mesra dengan Azis (depan, dua dari kiri) dan Syed Abbas (depan, kiri).

Shafie (depan, dua dari kanan) bersama Shuryani (depan, kanan) berbual mesra dengan Azis (depan, dua dari kiri) dan Syed Abbas (depan, kiri).

“Oleh itu, rakyat perlu memberi sokongan terhadap usaha-usaha kerajaan dalam merealisasikan pembangunan di negeri ini demi kemakmuran dan kemajuan rakyat keseluruhannya,” katanya dalam Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Parlimen Sepanggar di Dataran Dewan Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada Khamis.

Dalam pada itu, seramai 100 orang anak-anak yatim bagi kawasan Parlimen Sepanggar turut menerima sumbangan duit raya yang disampaikan oleh Shafie.

Persembahan tarian kebudayaan yang dipersembahkan kepada tetamu yang hadir.

Persembahan tarian kebudayaan yang dipersembahkan kepada tetamu yang hadir.

Lebih 8,000 tetamu dari pelbagai kaum hadir dalam majlis yang turut disajikan pelbagai jenis juadah serta persembahan artis-artis terkenal tanah air seperti Datuk Nash, Joe Wings dan Eddi Hamid.

Turut hadir, Speaker DUN Sabah, Datuk Syed Abbas Syed Ali; Timbalan Menteri Dalam Negeri merangkap Pengerusi Penganjur, Datuk Azis Jaman, Menteri-menteri Kabinet, pemimpin-pemimpin masyarakat dan warga UMS.

-EM

Tinggalkan komen anda