Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Pelajar Terjejas Isu Pencemaran Tidak Ketinggalan Pelajaran

By 26 Jun 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Pai Syahira (Pahang)

KUANTAN, 26 Jun (Malaysiaaktif) – Kementerian Pendidikan Malaysia mempunyai Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam memastikan pelajar yang terjejas akibat pencemaran udara di Pasir Gudang tidak ketinggalan dalam sesi pembelajaran.

Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata pihaknya sentiasa mengikuti perkembangan kes ini dan yakin Jabatan Pendidikan Johor mengambil langkah yang terbaik untuk menangani isu tersebut.

ā€œPihak Kementerian Pendidikan Malaysia mengikuti perkembangan isu Pasir Gudang ni secara dekat melaluiĀ  Jabatan Pendidikan negeri dan pengumuman rasmi dibuat dari semasa ke semasa melalui Jabatan Pendidikan Negeri Johor,” kata Maszlee.

Menurutnya lagi, ā€œIni bukan kali pertama, ini merupakan kali kedua selepas insiden pencemaran di Sungai Kim Kim yang lepas jadi pastinya kita sudah mempunyai SOP yang telah ditetapkan dan kita mempunyai pengalaman dan saya yakin dengan pengurusan pihak Jabatan negeri Johor.ā€

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai pencemaran udara di Pasir Gudang sehingga menyebabkan 475 institusi pendidikan di daerah Pasir Gudang ditutupĀ  sehingga Khamis ini bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Sehubungan itu, sekiranya pihak ibu-bapa atau pelajar yang terlibat mahu mengambil tindakan saman terhadap pihak yang menjadi dalang pencemaran di Pasir Gudang, beliau mengingatkan bahawa Kementerian Pendidikan hanya bertanggungjawab di dalam kawasan sekolah sahaja dan apa-apa yang diluar kawasan tersebut adalah di luar kuasa KPM.

ā€œKami Kementerian pendidikan Malaysia hanya bertanggungjawab di kawasan sekolah, dan apa yang berkaitan dengan pendidikan berkaitan keselamatan anak murid di dalam kawasan itu tanggung jawab kami. Di luar itu ibu bapa mereka punya hak untuk melakukan apa sahaja,ā€ tambah Maszlee.

Beliau ditemui wartawan selepas merasmikan Kolokium Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuteraan dan Matematik (STEM) Kebangsaan 2019 di Universiti Malaysia Pahang di Kuantan.

Terdahulu, dilaporkanĀ  111 sekolah rendah dan sekolah menengah kerajaan, tiga institusi pendidikan tinggi dan 14 sekolah swasta serta antarabangsa, selain 347 tadika swasta yang berdaftar dengan JPN ditutup.

 

-KN

Tinggalkan komen anda