Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanMASabah

Sabah Tuan Rumah Sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2019

By 26 Jun 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Eviannie Kin/Jeffren Malaning (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 26 Jun (Malaysiaaktif) – Sabah dipilih menjadi tuan rumah Sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2019 yang akan berlangsung pada 15 sehingga 20 Julai depan.

Pengerusi Jawatankuasa Induk sambutan, Datuk Kamarul Baharin A. Kasim berkata, pelbagai aktiviti telah diatur bagi memeriahkan sambutan berkenaan.

“Hampir semua muzium di seluruh negara akan menyertai sambutan ini termasuk dari luar negara iaitu Kalimantan, Indonesia dengan pelbagai aktiviti dirancang antaranya sukan tradisi, Jesselton Heritage Treasure Hunt, Larian 10 kilometer, ceramah, bengkel dan pameran serta program Muzium bersama komuniti Melayu-Brunei di Kampung Benoni, Papar.

Kamarul (tiga dari kiri) memberi penerangan mengenai Sambutan Hari Muzium Antarabangsa 2019 kepada Shafie (tengah).

Kamarul (tiga dari kiri) memberi penerangan mengenai Sambutan Hari Muzium Antarabangsa 2019 kepada Shafie (tengah).

“Muzium Sabah juga akan dibuka untuk lawatan bermula 9 pagi sehingga 10 malam sepanjang sambutan berlangsung dan kita mensasarkan 100 ribu pengunjung akan bersama-sama memeriahkan sambutan ini,” ujarnya kepada media selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah, pada Selasa.

Kamarul Baharin yang juga Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia turut berkata, sambutan berkenaan akan dirasmikan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamadin Ketapi pada 15 Julai nanti.

‘Muzium sebagai Hab Kebudayaan: Masa Depan Tradisi’ diangkat sebagai tema sambutan seperti yang telah ditetapkan oleh International Council of Museums (ICOM).

Maklumat lanjut mengenai sambutan boleh dilayari di laman web rasmi Jabatan Muzium Malaysia atau Facebook Rasmi Hari Muzium Antarabangsa 2019 Sabah.

Hadir sama Pengarah Muzium Sabah, Arif Abd Hamid.

-EM

Tinggalkan komen anda