Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Perkhidmatan Tabung Haji Bertaraf Dunia

By 25 Jun 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: M Zakry Chan (Melaka)

ALOR GAJAH, 25 Jun (Malaysiaaktif) – Lembaga Tabung Haji (TH) telah menganjurkan Kursus Perdana Haji bagi musim 1440H/2019M Peringkat Negeri Melaka bertempat di Universiti Teknikal Melaka (UTeM).

Kursus Perdana Haji yang berlangsung selama dua hari satu malam ini bertujuan melahirkan jemaah haji yang berpengetahuan serta berkeyakinan ketika melaksanakan ibadat haji.

Jemaah Haji yang mengikuti Kursus Perdana Haji bagi musim 1440H/2019M.

Jemaah Haji yang mengikuti Kursus Perdana Haji bagi musim 1440H/2019M.

Penekanan kursus kepada aspek pratikal seperti bertawaf, sa’ie, melontar jamrah dan ibadat lain dibahagikan mengikut kumpulan serta situasi bagi memberi gambaran sebenar di Tanah Suci nanti.

Menurut Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka, merangkap Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam Melaka, Datuk Mohd Sofi Abdul Wahab, pengurusan Tabung Haji dalam mengendalikan jemaah haji menjadi model kepada negara-negara lain di dunia.

“Perkhidmatan dan kemudahan yang tersedia bertaraf dunia memberi imej terbaik kepada negara dan kita harus bersyukur kerana terpilih menjadi tetamu Allah tahun ini.

“Gunakan kecanggihan teknologi dengan sebaiknya semasa di tanah suci, jangan kita gunakan teknologi itu untuk ‘bermain’ di media sosial yang langsung tidak memberi faedah dalam mengerjakan ibadah haji.WhatsApp Image 2019-06-24 at 09.28.54

“Islam itu sempurna dan teknologi itu tiada salahnya, namun ia terletak di tangan pengguna teknologi itu sendiri untuk memanafaatkan ia dengan sebaiknya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kursus Perdana Haji 1440H/2019M Peringkat Negeri Melaka.

Lebih 1,000 bakal jemaah haji menyertai kursus selama dua hari bermula 22 hingga 23 Jun 2019, anjuran TH. Turut hadir Ketua Pegawai Strategi dan Ketua Staf TH, Hizamuddin Jamaluddin.

 

-KN

Tinggalkan komen anda