Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeKuala Lumpur

Wanita Harus Sedar Kepentingan Memperkasa Hak – Hannah Yeoh

By 25 Jun 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Azrul Hafiz Mohamad Nazri/Rahimah Rafiai (Batu)

BATU, 25 Jun (Malaysiaaktif) – Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Hannah Yeoh, menekankan kepentingan memperkasakan hak wanita terutama suri rumah dan ibu tunggal agar mereka mengetahui peranan agensi kerajaan dalam memberikan bantuan serta aktiviti oleh agensi berkaitan hal ehwal mereka.

“Ini adalah penting bagi memberi pendedahan kepada para kaum wanita mengenai hak mereka,” katanya ketika sesi dialog bersama masyarakat dalam Program Autoriti Wanita Bersama Timbalan Menteri KPWKM bertempat di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda, di sini hari ini.

Selain itu, Hannah turut menjelaskan cadangan dan persoalan yang dikemukakan turut boleh disalurkan secara terus kepada pihak kementerian melalui program sebegini.

“Ini dapat memudahkan rakyat berinteraksi dengan pemimpin secara terus tanpa karenah birokrasi,” katanya lagi.

Turut diedarkan bahan-bahan penerbitan oleh agensi terlibat.

Turut diedarkan bahan-bahan penerbitan oleh agensi terlibat.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut memperkenalkan Skuad Aman Wanita (AMANITA) yang ditubuhkan bagi membantu golongan hawa terutama suri rumah bagi mengekang kes-kes penderaan dalam rumah tangga.

Menurut pegawai dari Jabatan Pencegahan Jenayah Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur, DSP Suliaha Abd Hamid, AMANITA diwujudkan bagi memberi keselesaan kepada masyarakat terutama golongan wanita untuk berkomunikasi dengan pihak polis selain khidmat nasihat serta mengeratkan hubungan antara polis dan masyarakat.

Seorang suri rumah yang ditemui Siti Syazira, berkata program sebegini baik kerana secara tidak langsung membolehkan mereka mengetahui bantuan-bantuan yang disediakan kerajaan kepada masyarakat.

“Saya amat gembira kerana dapat menyuarakan berkaitan masalah rumah tangga dalam dialog ini,” kata ibu tunggal ini.

Antara lain agensi yang terlibat adalah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Agensi Antidadah Kebangsaan, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia dan Jabatan Penerangan yang turut membuat edaran risalah kepada penduduk setempat.

-SH

Tinggalkan komen anda