Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Bengkel Mini OKU Rembau

By 25 Jun 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Sapar Sutir (Rembau) 

REMBAU, 25 Jun (Malaysiaaktif) – Pencegahan awal bagi mengelak penyakit berbahaya mampu menyelamatkan nyawa dan pastinya menikmati hidup lebih berkualiti, lebih-lebih lagi apabila usia semakin meningkat.

Atas kesedaran untuk menjaga kesihatan, satu program saringan kesihatan, Bengkel Mini OKU Rembau telah diadakan pada pagi ini. Tujuan utama program ini adalah untuk membantu orang ramai membuat saringan awal penyakit terutama penyakit kencing manis, darah tinggi dan juga masalah buah pinggang.

Orang ramai yang hadir untuk membuat pemeriksaan.

Orang ramai yang hadir untuk membuat pemeriksaan.

“Program Khidmat Kesihatan Masyarakat yang dikendalikan oleh National Kidney Foundation (Yayasan Buah Pinggang Negara) ini diadakan bagi membantu penghuni Bengkel Mini OKU Rembau membuat saringan kesihatan. Pemeriksaan kesihatan ini juga dibuka kepada orang ramai tanpa ada bayaran yang dikenakan”, ujar Wahida Abdul Rashid, pegawai dari National Kidney Foundation ketika ditemui dalam program ini.

“Saya sebagai Pengurus Bengkel Mini OKU Rembau amat berterima kasih kepada pihak National Kidney Foundation, juga pihak yang menaja dan yang membantu menjayakan Program Pengesanan Awal Pencegahan Menyelamatkan Nyawa yang diadakan pada hari ini”, kata Pengurus Bengkel Mini OKU Rembau, Haji Zainuddin Bujang ketika ditemui selepas program selesai.

“Moga program ini memberikan kebaikan kepada semua dan mereka lebih faham akan penyakit yang mereka hidapi agar mereka dapat mengambil langkah pencegahan awal sebelum ia melarat.”

Turut hadir dalam program ini, Penyelaras DUN Chembong, Azizan Marzuki yang turut serta membuat pemeriksaan kesihatan.

Haji Zainuddin (tiga dari kiri) bersama tetamu yang hadir.

Haji Zainuddin (tiga dari kiri) bersama orang ramai yang hadir.

 

-KN

Tinggalkan komen anda