Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Jalan Puteri Tiga Perlu Ditutup Enam Bulan Lagi

By 1 Julai 2019Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan / Foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

RAWANG, 1 Jul (Malaysiaaktif) – Kerja pembaikkan di Jalan Puteri Tiga memerlukan masa enam bulan lagi sebelum laluan ke perumahan Desa Puteri, Bandar Tasik Puteri itu dibuka kepada orang awam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuang, Sallehuddin Amiruddin berkata jalan tersebut ditutup sejak 11 Jun lalu masih belum dibaiki pemaju yang perlu menyelesaikan masalah teknikal berkaitan kestabilan tanah terlebih dahulu.

“Sekurang-kurangnya enam bulan diperlukan pemaju untuk kerja pembaikan setelah mengesan terdapat aliran air bawah tanah.

“Sekiranya masalah itu tidak diselesaikan terlebih dahulu, tidak mustahil kejadian sama boleh berulang. Laluan air bawah tanah itu yang menyebabkan mendapan sebelum ini,” katanya.

Kejadian mendapan di Jalan Tiga, Bandar Tasik Puteri pada 11 Jun lalu.

Kejadian mendapan di Jalan Tiga, Bandar Tasik Puteri pada 11 Jun lalu.

Jelas beliau, Majlis Perbandaran Selayang (MPS) akan memantau kerja penyelenggaraan jalan tersebut yang masih di bawah pemaju.

“Atas faktor keselamatan, jalan tersebut masih ditutup untuk kegunaan orang awam,” katanya ketika melawat lokasi kejadian.

Jalan Puteri Tiga ditutup kepada orang ramai susulan berlaku mendapan berikutan hujan lebat yang berlaku pada 11 Jun, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

-NAZ

Tinggalkan komen anda