Skip to main content
Berita TempatanHomePutrajaya

Permohonan Rayuan BSH 2019 Dibuka Hari Ini Hingga 15 Ogos

By 1 Julai 2019Tiada komen1 minit bacaan

PUTRAJAYA, 1 Jul (Malaysiaaktif) – Kerajaan membuka permohonan rayuan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 mulai hari ini sehingga 15 Ogos untuk memberi ruang kepada orang ramai yang benar-benar layak mendapat program bantuan bersasar bagi golongan berpendapatan rendah (B40) itu.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini berkata, proses tersebut memberi ruang kepada mereka yang tidak layak, mengemukakan rayuan beserta dokumen berkaitan untuk diverifikasi semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Pembayaran BSH 2019 fasa kedua dilaksanakan mulai 28 Mei berdasarkan kategori BSH 2019, merangkumi bilangan anak/tanggungan dan jumlah nilai BSH 2019 yang akan diterima. Pembayaran ini dibuat setelah proses verifikasi dijalankan dan melibatkan 3.6 juta penerima diluluskan untuk BSH,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan tersebut, bayaran fasa kedua melibatkan peruntukan RM1.42 bilion, manakala jumlah keseluruhan pembayaran bagi Fasa 1 dan 2 sebanyak RM2.62 bilion.

Permohonan rayuan boleh dibuat secara dalam talian di portal BSH https://bsh.hasil.gov.my/ atau hadir ke mana-mana Cawangan/Pusat Khidmat Hasil dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDN.

Orang ramai juga boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2747 serta e-mel kepada [email protected] bagi maklumat lanjut.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda