Skip to main content
Berita TempatanSabah

Kerajaan Sasar Sifar Talasemia Menjelang Tahun 2030

By 14 Julai 2019Julai 15th, 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Sahiman Rahman/Ahmad Sarujin Seting (Kota Kinabalu)

KENINGAU, 14 Jul (Malaysiaaktif) – Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyasarkan negara bebas daripada kelahiran bayi talasemia menjelang tahun 2030.

Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Rasinin Koutis, berkata talasemia merupakan sejenis penyakit keturunan darah yang boleh diwarisi melalui gen atau baka manusia.

“Bagi mencapai hasrat dan matlamat Kempen Sifar Talasemia Major pada tahun 2030, ketua-ketua masyarakat yang hadir pada hari ini perlu memainkan peranan untuk menyebarkan dan berkongsi maklumat daripada sesi ceramah, forum dan pameran yang diadakan sepanjang program ini demi kebaikan masyarakat di bawah jagaan mereka. IMG-20190714-WA0099

“Kempen kesedaran berhubung perkara ini perlu sampai ke akar umbi untuk membentuk keluarga dan waris yang mantap dari segi minda, fizikal, rohani dan intelektual.

“Langkah pencegahan awal dapat dilakukan apabila masyarakat mempunyai kesedaran serta pengetahuan berhubung risiko penyakit ini. Saya menyokong penuh sambutan seumpama ini bagi meningkatkan lagi kesedaran masyarakat tentang bahaya faktor risiko penyakit talasemia dan kebaikan mengamalkan gaya hidup sihat,” ujarnya.

Tambah beliau, ibu bapa dan rakan sebaya boleh menjadi penasihat kepada mereka yang bercadang berkahwin dan mempunyai sejarah talasemia untuk menjalani saringan darah bagi mengetahui status mereka.

“Talasemia major adalah kekurangan darah yang serius, di mana pesakit yang menghidap penyakit ini perlu menjalani penambahan darah sekali setiap bulan sejak kecil lagi. Proses tambah darah mengakibatkan pengumpulan zat besi di dalam badan yang boleh mengakibatkan kerosakan jantung, hati dan kencing manis.

Pemeriksaan tekanan darah yang diadakan sempena program sambutan hari talasemia sedunia peringkat Pedalaman Atas.

Pemeriksaan tekanan darah yang diadakan sempena program sambutan hari talasemia sedunia peringkat Pedalaman Atas.

“Sehubungan itu, pesakit perlu disuntik ubat pembuang zat besi sepanjang hayat bagi memanjangkan umur mereka dan ia hanya boleh disembuhkan melalui rawatan pemindahan sum-sum tulang,” katanya semasa merasmikan Sambutan Hari Talasemia Sedunia Tahun 2019 Peringkat Pedalaman Atas, di sini semalam.

Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan penghargaan kepada syarikat Repsol Oil & Gas Malaysia Limited sebagai penaja tunggal program ini atas komitmen berterusan menyokong dan menaja kos-kos perbelanjaan sambutan semenjak tahun 2014 sehingga kini.

Untuk Rekod, dianggarkan antara tiga hingga lima peratus (780,000 hingga 1.3 juta orang) rakyat Malaysia merupakan pembawa kepada penyakit genetik talasemia dan kira-kira 120 hingga 350 bayi talasemia major dilahirkan setiap tahun.

Program tersebut merupakan anjuran Persatuan Talasemia Sabah dengan kerjasama Jabatan Kesihatan, Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan serta persatuan NGO.

-SH

Tinggalkan komen anda