Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Misi Program CSR Bantu Pelihara Keindahan Laut

By 6 Julai 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Anna Maria Mazlan (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 5 Jul (Malaysiaaktif) – Kelab Legasi Selam Skuba Malaysia (Leges Divers) telah menganjurkan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Pemuliharaan Pulau-Pulau di Malaysia bagi memastikan ekosistem hidupan marin terus terpelihara.

Perairan Pulau Layang-layang menjadi pilihan Leges Divers bagi pemasangan tukun kerangka dengan menggunakan teknologi hijau serta restorasi terumbu karang.

Menurut pengarah program ini Wan Rysha Noraz Mustaffa Khalid, Misi pemuliharaan khazanah semula jadi ini melibatkan seramai 70 orang penyelam berpengalaman yang diharapkan mampu untuk meningkatkan biodiversiti dan produktiviti di pulau ini, antara kawasan pemuliharaan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perikanan bagi menangani isu pemanasan global.

Para penyelam menaiki bot untuk ke tapak selaman.

Para penyelam menaiki bot untuk ke tapak selaman.

“Program CSR kali ini hanya menggunakan khidmat penyelam sukarelawan yang terdiri daripada kakitangan kerajaan dan badan beruniform melaksanakan aktiviti menanda kawasan dan kerja-kerja berat bagi pemasangan tukun di dasar laut sekitar 5 hingga 8 meter dari paras laut.

“Pada asalnya, misi ini melibatkan 90 penyelam tetapi disebabkan keadaan cuaca buruk, kerosakan bot dan faktor-faktor keselamatan, 20 peserta tidak dapat menyertai aktiviti kalu ini,” ujar Wan Rysha ketika ditemui baru-baru ini.

Sementara itu, Pemangku Kepten Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dari Depot Senggara Armada Timur Pangkalan TLDM Kota Kinabalu Kapten Ahmad Azrul Maridan, seramai 20 anggota TLDM turut terlibat dalam pemasangan dan penyusunan kerangka ini.

“Matlamat awal adalah untuk menurunkan sebanyak 1,007 tukun kerangka di perairan Pulau Layang-Layang dan mencipta rekod baharu dalam The Guinness World Records : Attempting For The Placement Of Largest Artificial Reef, namun tidak berjaya dicapai apabila hanya sebanyak 380 coral frames sahaja yang berjaya diturunkan,” katanya kepada pemberita.

Penyelam mendengat taklimat sebelum memulakan tugas menurunkan tukun kerangka.

Penyelam mendengat taklimat sebelum memulakan tugas menurunkan tukun kerangka.

Perairan Malaysia cukup terkenal sebagai segitiga karang yang mempunyai spesis terbanyak iaitu kira-kira 77 peratus daripada spesis karang seluruh dunia dan diiktiraf oleh The World Wide Fund for Nature (WWF).

Terumbu karang yang dilihat di dasar laut merupakan habitat semula jadi bagi kebanyakkan spesis hidupan laut selain bertindak sebagai benteng dan perlindungan pantai terhadap ombak yang kuat.

Kini habitat ini mengalami satu fenomena kelunturan karang secara perlahan-lahan ekoran ancaman semulajadi dan aktiviti manusia yang tidak bertanggungjawab seterusnya memburukkan keindahan dan merosakkan ekosistem marin di negara ini.

-SH

Tinggalkan komen anda