Skip to main content
Berita TempatanSabah

Sabah Catat Pesakit Talasemia Paling Tinggi di Malaysia

By 16 Julai 2019Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Juslie Bacle/Jeffren Malaning (Kota Kinabalu)

SIPITANG, 16 Jul (Malaysiaaktif) – Sabah mencatat rekod pesakit talasemia tertinggi di Malaysia pada tahun 2018.

Presiden Persatuan Talasemia Sabah Francis Mujim, berkata seramai 1,826 orang pesakit telah berdaftarkan dengan persatuan berkenaan sejak Disember lepas.

“Daerah Kota Marudu merekodkan lebih 160 pesakit Talasemia menjadikan daerah berkenaan sebagai bilangan pesakit paling tinggi di Sabah.

“Atas keperihatinan ini, persatuan bersama kerajaan mengambil inisiatif mengadakan program bagi memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai kawalan dan langkah pencegahan talasemia.

“Ini adalah bagi merealisasikan sasaran ‘Sabah Sifar Major Talasemia Menjelang 2030’ seperti yang telah ditetapkan oleh Persatuan dan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah,” ujarnya pada program Kempen Kesedaran dan Saringan Talasemia Peringkat Daerah Sipitang, di sini semalam.

Menurut Francis, sehingga kini terdapat 1.3 juta pembawa dan pengidap talasemia di seluruh negara.

Turut diadakan pelbagai aktiviti sempena programtersebut antaranya kempen derma darah, saringan talasemia, cermah dan forum serta perarakan kempen kesedaran talasemia di sekitar pekan Sipitang.

Turut hadir, Penasihat Perhubungan Komuniti dan Kerajaan REPSOL Oil and Gas Malaysia Datuk Eddie Abdullah dan Pegawai Daerah Sipitang Matlin Dullah.

-SH

Tinggalkan komen anda