Skip to main content
Berita TempatanSabah

Sang Saka Biru di Puncak Gunung Kinabalu

By 16 Julai 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Zuraidah Ahmad/Marusin Minuddin/IPDKK  (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 16 Jul (Malaysiaaktif) – Bendera Sang Saka Biru berjaya dikibar warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) di puncak tertinggi Asia Tenggara, Gunung Kinabalu pada pukul 5.15 pagi Sabtu lalu.

Kumpulan pendaki seramai 37 orang itu mula bergerak dari penginapan Panalaban kira-kira pukul 3 pagi dikoordinasi Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Habibi Majinji.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah, berkata aktiviti mendaki gunung bukan sahaja mencabar ketahanan fizikal dan mental, tetapi juga berupaya menjalin kerjasama erat dalam meningkatkan imej serta kecemerlangan pasukan.

“Kepayahan menuju ke puncak adalah simbolik untuk membina momentum kecemerlangan PDRM menerusi semangat kerjasama berpasukan ibarat berat sama dipikul, ringan sama dijinjing,” ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

Turut dikibarkan bendera sekolah menengah antara yang tertua di Sabah, Maktab Sabah oleh pendaki termuda, Haiqa Nafsiah Habibi yang merupakan pelajar tingkatan satu sekolah tersebut.

Selain pegawai dan anggota dari IPD Kota Kinabalu, kumpulan pendaki berkenaan juga terdiri daripada para pegawai dari IPD Tuaran, IPD Wilayah Persekutuan Labuan, Pasukan Gerakan Am Batalion 17 Lahad Datu, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah serta Bukit Aman.

-SH

Tinggalkan komen anda