
Laporan/foto: Robin Junang / Linda Padan (Sarawak)
LIMBANG, 10 Ogos (Malaysiaaktif) – Konvoi bermotorsikal pelbagai jenis dan kuasa menjadi penyeri kepada Program Sambutan Bulan Kebangsaan Daerah Limbang.
Sebanyak 60 buah motorsikal pelbagai jenis termasuk yang berkuasa tinggi daripada Persatuan Motorsikal Limbang ikut serta dalam program tersebut.
Program yang bermula dari jam 7.00 pagi bertempat di perkarangan Wisma Persekutuan Limbang dimulakan dengan senaman merdeka, disusuli dengan menaikkan Jalur Gemilang dan Bendera Sarawak diikuti oleh Lagu Negaraku dan Lagu Ibu Pertiwiku, Lagu Bersih dan Lagu Jalur Gemilang.
Lebih 100 orang telah hadir bagi memeriahkan Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat Daerah Limbang anjuran Jabatan Penerangan Malsysia Limbang.
Antara pengisian program ialah Konvoi Merdeka Jalur Gemilang senaman merdeka bagi memeriahkan majlis.
Linda Padan, Penolong Pegawai Penerangan Daerah Limbang di dalam ucapan aluannya mengucapkan terima kasih kepada yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan program tersebut.
“Kami bagi pihak Jawatankuasa pengelola mengucapkan terima kasih kepada anggota PDRM yang turut membuat kawalan trafik, jurutunjuk senam merdeka, Persatuan Motorsikal Limbang, NGO, orang perseorangan yang terlibat dalam menjayakan program pada pagi ini,” kata Linda.
Hamidah Halpi, Penolong Pegawai Daerah Limbang mewakili Residen Limbang di dalam ucapannya memuji usaha Jabatan Penerangan menganjur dan menjayakan Program Sambutan Bulan Kebangsaan pada tahun ini.
“Saya menyeru agar kita bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang di premis masing-masing bersempena dengan Bulan Kebangsaan ini, ” tambah beliau lagi.
Sebelum acara konvoi dilepaskan acara bergambar beramai-ramai dan Jamuan Bulan Kebangsaan diadakan bagi merai dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat
Acara pelepasan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang yang kebanyakan menggunakan. bermotorsikal dilepaskan oleh Hamidah Halpi. Konvoi ini bertolak dari Wisma Persekutuan Limbang melalui Kampung Buangsiol, Pebahanan, Patiambun, Batu 7, Bangkita dan sekitar Bandar Limbang dan berakhir di Wisma Persekutuan dengan jarak lebih kurang 25km.