Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Kibar Jalur Gemilang Tanggungjawab Kita

By 10 Ogos 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/Foto: Noorshazana Shaadan / Mohd Khairulnizam Mohd Yunus (PORT DICKSON)P

PORT DICKSON, 10 Ogos (Malaysiaaktif) – Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun menegaskan bahawa kibaran Jalur Gemilang merupakan tamggungjawab setiap daripada kita.”

Jalur Gemilang adalah lambang kebanggaan negara, pengibarannya mungkin dianggap biasa namun ianya bukanlah satu perkara yang boleh diambil enteng.”

“Saya percaya rakyat Negeri Sembilan yang teguh dengan adat perpatih mempunyai semangat patriotisme yang tinggi bagi menzahirkan semangat sebenar Malaysia Baharu,” katanya ketika merasmikan Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Sembilan di PD Waterfront, di sini semalam.

Penyerahan Jalur Gemilang sebagai simbolik pelancaran

Penyerahan Jalur Gemilang sebagai simbolik pelancaran

Tambahnya lagi, pemasangan Jalur Gemilang di rumah, kedai, premis dan bangunan pejabat melambangkan ucapan terima kasih kita kepada negara tercinta.

“Saya menyeru agar masyarakat terus bertekad menerapkan mentaliti dan sikap memandang tinggi pada Jalur Gemilang sebagai lambang identiti negara,” ujarnya lagi.

Sementara itu, Aminudin mengumumkan bahawa kerajaan negeri akan mengadakan majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat di Masjid Negeri pada 29 Ogos dan perarakan Hari Kebangsaan 2019 di Padang Majlis Perbandaran Seremban (MPS) pada 31 Ogos nanti.

Pelepasan konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG).

Pelepasan konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG).

“Antara sambutan lain yang dirancang dengan kerjasama Jabatan Penerangan Negeri Sembilan antaranya ialah Kembara Merdeka Jalur Gemilang, Pertandingan Pidato Kenegaraan, Pengisahan Kenegaraan, Pertandingan Keceriaan Bulan Kebangsaan dan Program Merdeka@Komuniti,” tambahnya.

Dalam majlis tersebut, Aminuddin turut membuat pelepasan konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) yang melibatkan kenderaan pelbagai agensi kerajaan dan swasta.

-AK

Tinggalkan komen anda