
Laporan/foto: Robin Junang / Syahrulizan Madian (Kuching)
MUKAH, 22 Ogos (Malaysiaaktif) – Kempen Kibar Jalur Gemilang bagi peringkat Daerah Mukah disambut begitu meriah dengan pengisian acara seperti ceramah,Ā bacaan Ikrar Rukun Negara, deklamasi sajak patriotik, nyanyian lagu patriotik, penyerahan Jalur Gemilang dan konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2019 (KMJG19).
Majlis tersebut merupakan kerjasama antara Jabatan Penerangan Daerah Mukah dengan SMK Three Rivers Mukah bagi menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan warga sekolah dan orang ramai.
Program dimulakan di SMK Three Rivers dengan sesi perasmian dan pelepasan konvoi disempurnakan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Mukah, Selemah Chaili dan seterusnya konvoi bergerak ke Sekolah KebangsaanĀ St. Patrick bagi penyerahan Jalur Gemilang kepada sekolah berkenaan.
Dalam pada itu ceramah merdeka turut diadakan di sekolah berkenaan yang disampaikan oleh Pegawai Penerangan Daerah Mukah kepada semua pelajar yang hadir.
Seterusnya perjalanan konvoi diteruskan ke Menara Pehin Setia Raja Mukah bagi acara simbolik penyerahan Jalur Gemilang kepada Pegawai Daerah Mukah, Safrie Saili bersama dengan petugas-petugas serta kakitangan yang lain.
Konvoi turutĀ singgah di Pasar Tamu Mukah bagi mengagih Jalur Gemilang kepada orang ramai sebagai tanda seruan Sambutan Bulan Kemerdekaan pada tahun ini.

Simbolik penyerahan Jalur Gemilang oleh Syahrulizan Madian, Pegawai Penerangan Daerah Mukah kepada Safrie Saili, Pegawai Daerah Mukah
Antara kawasan yang dilalui oleh konvoi KMJGĀ SK St Patrick Mukah, Menara Pehin Setia Raja Mukah, Pasar Lama Mukah, Pasar Baru Mukah, Kpg Penakub Permai, Kpg Tellian Permai, Kpg Petanak.
Pegawai Penerangan Dearah Mukah,Ā Syahrulizan Madian turut menggesa orang ramai untuk terus mengibarkan Jalur Gemilag sebagai tanda cintakan negara dan tanah air bersempena dengan Sambutan Bulan Kemerdekaan kini.
āYang paling penting, didiklah generasi muda dengan amalan mengibarkan Jalur Gemilang dengan semangat perpaduan dan kesyukuran sebagai asas cintakan negara.
āPeliharalah keharmonian bersama untuk membina sebuah negara yang lebih hebat bagi kesejateraan bersama,ā ujarnya.
Suasana sambutan pada tahun amat meriah keranaĀ melibatkan 27 buah kenderaan pacuan empat roda dalam konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang sambil mengelilingi sekitar bandar Mukah dan beberapa buah kampungĀ dengan lebih 1000 peserta terdiri dari orang awam dan pelajar sekolah.
SambutanĀ meriah dariĀ warga Mukah ini menunjukkan kecintaan dan semangat patriotisme masih pekat mengalirĀ di sanubariĀ merekaĀ terutama dari kalangan generasi pelajar.