Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPutrajaya

Sebanyak 300 Bendera Jalur Gemilang Diedar di Kubang Pasu

By 22 Ogos 2019Tiada komen1 minit bacaan

Foto: Ihsan Bernama

PUTRAJAYA, 22 Ogos (Malaysiaaktif) – Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kubang Pasu bersama Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia dan Polis Diraja Malaysia mengedarkan kira-kira 300 Jalur Gemilang kepada pengguna jalan raya di di Jalan Kepala Batas-Jitra di sini, hari ini.

Penolong Pegawai PPD Kubang Pasu, Azran Effendy Saad berkata, program itu bertujuan mengajak masyarakat di kawasan tersebut menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan dengan mengibarkan Jalur Gemilang di kenderaan masing-masing.

“Kita mahu menyedarkan masyarakat terutama golongan muda tentang betapa pentingnya hari bersejarah Hari Kemerdekaan negara diraikan dan program hari ini juga simbolik pelancaran sambutan Bulan Kebangsaan bagi seluruh sekolah di daerah Kubang Pasu.

“Para pelajar perlu diterapkan dengan pengetahuan sejarah tanah air yang banyak menuntut pengorbanan sebelum negara berada ditahap hari ini, aman dan maju,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Azran Effendy berharap pengetua dan guru besar di 83 buah sekolah dalam daerah ini dapat mengambil inisiatif lebih proaktif memasang bendera Jalur Gemilang di setiap sudut sekolah bagi menyemarakkan suasana sambutan Bulan Kebangsaan.

Turut hadir pada program itu Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supt Mohd Ismail Ibrahim yang turut mengedarkan bendera dan pelekat Jalur Gemilang kepada pengguna jalan raya.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda