Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Lebih 62 ribu Jalur Gemilang Diedar Raikan Kemerdekaan Negara

By 22 Ogos 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Laporan/Foto: Tengku Nor Liza Tengku Yahya/Parameswary Lekshmnan 

 

KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Malaysiaaktif) – Kementerian Wilayah Persekutuan memperuntukkan lebih 62 ribu Jalur Gemilang dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia dalam menzahirkan rasa bangga terhadap kemakmuran negara yang telah dikecapi selama 62 tahun merdeka.

Walaupun semangat tersebut seharusnya lahir dari dalam diri rakyat itu sendiri, namun kesedaran dan penghayatan masih berkurangan terutama dikalangan generasi muda.

Atas kesedaran tersebut, maka Kementerian Wilayah Persekutuan menganjurkan Kempen Kibar Jalur Gemilang sebagai usaha mengajak seluruh warga Wilayah mengenang kembali jasa dan pergorbanan yang telah disumbangkan oleh pejuang tanah air dalam menuntut kemerdekaan dan keamanan negara yang kita nikmati sehingga kini.

“Lebih 60 ribu Jalur Gemilang diedarkan secara percuma melalui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Perbadanan Putrajaya (PPj) dan Perbadanan Labuan (PL) kepada pelbagai agensi kerajaan, swasta, perumahan DBKL, premis milik perbadanan dan badan bukan Kerajaaan,” jelas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad.

“Kementerian Wilayah Persekutuan sendiri telah memasang hampir 100 helai bendera termasuk empat (4) helai Jalur Gemilang gergasi di sekitar Menara Seri Wilayah bagi menyemarakkan semangat kemerdekaan,” maklumnya lagi.

Dataran Merdeka turut dipasang dengan Jalur Gemilang sempena Hari Kebangsaan 2019 tidak lama lagi.

Dataran Merdeka turut dipasang dengan Jalur Gemilang sempena Hari Kebangsaan 2019 tidak lama lagi.

Menurut beliau lagi, sebagai rakyat Malaysia  kita perlu menzahirkan rasa cinta  terhadap negara hanya dengan satu cara yang sangat mudah tanpa mengeluarkan belanja yang banyak, iaitu dengan mengibarkan Jalur Gemilang. Rakyat Malaysia harus berasa bangga mengibarkan Jalur Gemilang kerana ia   melambangkan negara kita bebas dan berdaulat.  Beliau juga menegur sikap masyarakat kini yang seolah-olah tidak mengendahkan usaha kerajaan dalam Kempen Kibar Jalur Gemilang.

Selain edaran, sepanjang jalan-jalan utama dan lebuh protokol sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya turut diserikan dengan barisan Jalur Gemilang yang berkibar megah.

Beliau berkata semangat patriotik dan cintakan negara  haruslah sentiasa disemai dalam diri setiap rakyat Malaysia bukan sahaja pada bulan kemerdekaan ini, malah sepanjang masa.

“Kerajaan akan terus menerapkan amalan nilai-nilai murni dan mengharapkan sokongan rakyat dalam meningkatkan kualiti kehidupan semua warga tanpa mengira kaum,” ujarnya mengakhiri perbualan dengan wakil Malaysiaaktif di pejabatnya baru-baru ini.

– AO

 

Tinggalkan komen anda