Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Usah Dicemar Sungai Kita

By 22 Ogos 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto : Abassalimi Mohamad/Norsaedah Haron (Kluang)

KLUANG, 22 Ogos (Malaysiaaktif) – Sungai merupakan satu khazanah yang perlu kita pelihara supaya fungsinya dalam kehidupan makhluk di dunia ini sentiasa berkekalan sama ada manusia, haiwan ataupun tumbuhan memerlukan air untuk kelangsungan hidup.

Pejabat Adun Mahkota dengan kerjasama Petrocube Resourse serta Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Kluang telah mengadakan Kempen Cintai Sungai Johor dan Program CSR Pembersihan Sungai bertempat di Sungai Mengkibol.

ADUN Mahkota Mohamad Said Jonit menyeru semua masyarakat bekerjasama untuk memelihara alam sekitar.

ADUN Mahkota Mohamad Said Jonit menyeru semua masyarakat bekerjasama untuk memelihara alam sekitar.

Kempen ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari orang ramai dan juga pelajar sekolah dan di antara sekolah yang terlibat dalam program tersebut adalah SMK Sultan Abd Jalil, SMK Tengku Aris Bendahara dan SMK Taman Sri Kluang.

Ahli Dewan Undangan Negeri Mahkota Mohamad Said Jonit dalam ucapan perasmiannya berkata pencemaran sungai merupakan suatu realiti yang perlu kita tangani kerana sekiranya kita tidak mengambil berat maka ia akan memberi kesan yang lebih buruk pada masa akan datang.

Para peserta sedang bergotong-royong membersihkan kawasan sekitar Sungai Mengkibol.

Para peserta sedang bergotong-royong membersihkan kawasan sekitar Sungai Mengkibol.

“Sungai juga semakin tenat akibat tabiat jelik orang ramai yang mengambil jalan mudah dengan membuang sampah ke dalam su­ngai dan ia akan menjadi sebahagian bendasing yang menjadi kelodak sungai serta mendatangkan kesan yang buruk apabila berlakunya hujan lebat hingga mengakibatkan terjadinya bencana banjir,” ujarnya.

Beliau turut mengingatkan tentang tragedi di Pasir Gudang di mana Sungai Kim Kim yang tercemar teruk telah menjadi suatu krisis negara apabila ramai yang terjejas dari sudut kehidupan dan kesihatan.

Aruinsamy Rajandran, pelajar SMK Taman Sri Kluang yang turut sama terlibat dalam Kempen Sayangi Sungai Johor.

Aruinsamy Rajandran, pelajar SMK Taman Sri Kluang yang turut sama terlibat dalam Kempen Sayangi Sungai Johor.

“Kerjasama antara semua masyarakat perlu dipertingkatkan dan diperkemaskan lagi sebagai contoh syarikat-syarikat korporat yang telah menjana keuntungan amat dialu-alukan menjalankan program-program CSR untuk memelihara alam sekitar,” katanya lagi.

Seorang peserta yang ditemui, Aruinsamy Rajandran, 16, dari SMK Taman Kluang Barat berkata,” Saya sangat berbangga dapat menyertai program ini kerana ia merupakan sumbangan saya kepada alam sekitar terutama kebersihan sungai yang menjadi nadi kehidupan agar ianya tidak tercemar dan memberi kesan buruk kepada manusia.”

Objektif utama Kempen Cintai Sungai Johor ini ialah untuk menyemai rasa sayang terhadap sungai dengan meningkatkan pengetahuan terhadap kesan-kesan pencemaran sungai serta memupuk kesedaran mengenai betapa pentingnya menjaga kebersihan yang merupakan asas kepada semua kejayaan dalam menjaga kebersihan alam sekitar terutama sungai.

Sebelum memulakan gotong-royong para peserta bergambar bersama-sama ADUN Mahkota Mohamad Said Jonit dan tetamu kehormat yang lain.

Sebelum memulakan gotong-royong para peserta bergambar bersama-sama ADUN Mahkota Mohamad Said Jonit dan tetamu kehormat yang lain.

Kempen ini juga meletakan sasaran untuk mewujudkan dan mengenal pasti kawasan sungai yang boleh dijadikan tempat untuk penduduk setempat melakukan aktiviti riadah atau rekreasi.

Dalam majlis tersebut, ADUN Mahkota Mohamad Said Jonit turut menyertai aktiviti gotong-royong bersama-sama para peserta membersihkan kawasan sekitar Sungai Mengkibol.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Mengkibol Chew Chong Sin dan Pentadbir Tanah Daerah Kluang Mohd Farid Hassan.

-NI-

Tinggalkan komen anda