Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

MFLS Bentuk Pemimpin Masa Hadapan

By 23 Ogos 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto: M Zakry Chan (Melaka) 

BUKIT KATIL, 23 Ogos (Malaysiaaktif)Malaysia Future Leader School (MFLS) bakal membentuk pemimpin masa hadapan yang mempunyai jati diri yang tinggi, semangat kenegaraan yang kukuh, berdaya saing, dan berintegriti tinggi dalam mendepani cabaran global yang pantas berubah.

Pelajar-pelajar dalam program Himpunan Belia Jiwa Merdeka mendapat maklumat berkaitan dasar kerajaan.

Pelajar-pelajar dalam program Himpunan Belia Jiwa Merdeka mendapat maklumat berkaitan dasar kerajaan.

Demikian kata Exco Komunikasi Multimedia, NGO, Pembangunan Belia dan Sukan Negeri, Kerk Chee Yee ketika berucap dalam program Himpunan Khas Belia Jiwa Merdeka yang berlangsung di Dewan Tun Ali, semalam.

Katanya lagi, “Sambutan ini amat penting kerana ia meraikan jalinan perpaduan serta pengiktirafan pihak kerajaan terhadap golongan muda ataupun golongan belia.

“Sebagai pewaris negara, golongan belia mesti menyediakan diri dengan pengetahuan dan kemahiran yang secukupnya untuk menghadapi arus dunia yang semakin mencabar. Kita kenal pasti cabaran dan halangan ini agar inisiatif yang terbaik dapat dirangka.

“Antara cabaran tersebut ialah peningkatan budaya integriti dan penolakan amalan rasuah, pengaruh negatif dari kepantasan teknologi maklumat, revolusi perindustrian keempat IR 4.0 dan pembangunan ekonomi dan peluang pekerjaan.

“Golongan muda dianggar seramai 46.63 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk Malaysia, pontensi generasi muda perlu dikesan dan dibentuk lebih awal bermula daripada alam persekolahan sehingga ke Institutsi pengajian tinggi,” kata Kerk.

Kerk bersama belia bakal pemimpin negara masa hadapan.

Kerk bersama belia bakal pemimpin negara masa hadapan.

-KN

Tinggalkan komen anda