Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Inovasi Tali Pinggang Keledar Pintar Menang Anugerah Emas

By 23 Ogos 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Rozer Masudin (Merlimau)

MERLIMAU, 23 Ogos (Malaysiaaktif) – Penyertaan kali pertama pasukan Politeknik Merlimau Melaka (PMM) ke Pertandingan Pameran dan Inovasi Proton Politeknik (PiPPo) 2019 membuahkan hasil apabila kumpulan PMM yang diketuai pensyarah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Muhammad Zahrin, berjaya mengondol anugerah emas dalam projek inovasi keselamatan.

Menurut Pengarah Politeknik Merlimau Rosli Hamid, kejayaan pasukan ini didorong atas keazaman dan kreativiti yang tinggi dalam menghasilkan inovasi aspek keselamatan kereta.

Rosli (tiga dari kiri) bergambar bersama-sama tetamu yang hadir semasa kunjungan ke tapak pameran PMM, di sini.

Rosli (tiga dari kiri) bergambar bersama-sama tetamu yang hadir semasa kunjungan ke tapak pameran PMM, di sini.

“Pasukan PMM telah diberikan oleh syarikat Proton sebuah Proton Saga BLM bagi tujuan penciptaan inovasi terhadap kereta ini dan seperti yang kita sedia maklum, kenderaan ini hanya mempunyai ciri-ciri keselamatan asas.

“PMM telah berjaya menghasilkan empat elemen inovasi iaitu Cap Jari Antikecurian, Indikator Bateri, Tali Pinggang Keledar Pintar serta Panel Keselamatan Kanak-kanak dan Kunci Automatik yang membolehkan kami membawa pulang anugerah emas,” katanya ketika ditemui, di sini baru-baru ini.

Sementara itu, ketua kumpulan projek berkenaan Muhammad Zahrin, menyatakan, antara keempat-empat elemen inovasi ini, juri amat tertarik dengan penciptaan inovasi Tali Pinggang Keledar Pintar kerana berfungsi bagi mengawal atau mengehadkan kelajuan kepada 60 kilometer sejam sekiranya pemandu tidak menggunakan tali keselamatan semasa memandu.

Sistem Tali Pinggang Keledar Pintar ini dapat menetapkan kadar maksimum 60 kilometer sejam sekiranya pemandu tidak mengenakan tali pinggang keselamatan berjaya meraih Anugerah Emas dalam pertandingan ini.

Sistem Tali Pinggang Keledar Pintar ini dapat menetapkan kadar maksimum 60 kilometer sejam sekiranya pemandu tidak mengenakan tali pinggang keselamatan berjaya meraih Anugerah Emas dalam pertandingan ini.

“Bagi tiga ciri lain seperti Cap Jari Antikecurian, ia juga antara inovasi yang memerlukan masa bagi kami untuk menghasilkannya, dan syukur kami berjaya.

“Inovasi ini sekiranya dapat dibangunkan dengan lebih terperinci lagi oleh syarikat pengeluar kereta, ia amat membantu pengguna,” ujarnya ketika ditemui semasa majlis penyampaian hadiah.

Pasukan PMM dibarisi pensyarah dan pelajar yang mempunyai kepakaran masing-masing dalam pelbagai bidang bagi penghasilan inovasi berkaitan kenderaan.

-SH

Tinggalkan komen anda