Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahPerak

Video Pendek ‘Negaraku’ Muncul Johan

By 31 Ogos 2019Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Fauzi Rosli (Ipoh)

TAIPING, 31 Ogos (Malaysiaaktif) – Video bertajuk “Negaraku” muncul johan Pertandingan Video Pendek Bulan Kebangsaan 2019 Peringkat Negeri Perak anjuran Kerajaan Negeri dengan kerjasama Jabatan Penerangan Perak.

Pemenangnya M. Karthigeshan, 34, berkata video yang dihasilkan menterjemahkan tentang kepentingan rakyat di negara ini untuk menghormati lagu kebangsaan, Negaraku.

“Penghasilan video ini mengambil tempoh sehari untuk dihasilkan meliputi kawasan sekitar Ipoh termasuk di Bulatan Sultan Azlan Shah, Stesen Bas Medan Kidd dan Pasar Jelapang.

“Saya tidak menyangka video tersebut menjadi johan kerana hanya mengetahui mengenai pertandingan ini dalam tempoh yang singkat,” katanya yang menjelaskan penghasilan video turut melibatkan usahasama dua rakannya.

Dalam pertandingan sama, Naib Johan dimenangi oleh Mohammad Faiz Yaakob dengan video bertajuk “Simbolik” manakala tempat ketiga dimenangi oleh Khairi Hizami Zalani dengan tajuk “Buku”.

Kesemua pemenang menerima hadiah wang tunai sebanyak RM3,000 (Johan), RM2,000 (Naib Johan) dan RM1,000 (Ketiga) berserta sijil selain lima pemenang hadiah saguhati menerima wang tunai sebanyak RM500.

Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dalam Majlis Jamuan Teh yang berlangsung di sini, tengahari tadi.

-SH

Tinggalkan komen anda