Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Lipan Bara Sertai Perbarisan Kali Ketiga

By 31 Ogos 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Syed Hisham Shah/Unit Foto Jabatan Penerangan (Putrajaya)

PUTRAJAYA, 31 Ogos (Malaysiaaktif) – Aset milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak pernah gagal menarik perhatian pengunjung ketika sambutan Hari Kebangsaan antaranya dua unit kenderaan berperisai 4×4 Lipan Bara yang dilengkapi dengan persenjataan jenis gatling gun.

Turut mengiringi perbarisan adalah kenderaan berperisai jenis Malaysian Infantry Fighting Vehicle (MIFV) yang dilengkapi dengan persenjataan 12.7 milimeter Heavy Machine Gun (HMG) dan yang menarik perhatian adalah terbang lintas formasi sembilan pesawat PC-7 MARK II yang diketuai Lt. Kol Mohd Faizal Mohd Jani Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari Institut Penerbangan 1 Kolej Tentera Udara.

Persembahan formasi pesawat yang menggegarkan ruang udara Putrajaya.

Persembahan formasi pesawat yang menggegarkan ruang udara Putrajaya.

Aset ATM bukan sekadar menghiasi perbarisan malah menyemarakkan semangat pengunjung terutamanya anak muda dalam menyertai barisan hadapan pasukan beruniform.

Menurut Ahmad Khairul Muslim, 34, setiap kali melihat aset tentera hatinya tiba-tiba menjadi bersemangat biarpun dirinya sendiri bukanlah seorang tentera.

“Waktu kecil dahulu saya selalu menonton filem patriotik seperti ‘Prebet Lapok’ dan ‘Darah Satria’ dan teringin untuk menjadi tentera, namun impian hanya tinggal impian.

Anggota ATM yang turut terlibat perbarisan.

Anggota ATM yang turut terlibat perbarisan.

“Walaupun begitu, hati saya tetap cintakan negara dan tetap berbakti biarpun tidak menyarung seragam hijau itu,” kata jurutera berasal dari Alor Setar ini ketika ditemui sempena perbarisan Sambutan Hari Kebangsaan, di sini hari ini.

Selain Lipan Bara, unit Adnan pelbagai varian dan persenjataan turut mewarnai perbarisan dengan dua unit yang dilengkapi dengan persenjataan 12.7 milimeter heavy machine gun, empat unit 25 milimeter gun dan dua unit yang dilengkapi persenjataan M242 Bushmaster 25 milimeter Canon.

Turut memeriahkan ruang udara Putrajaya lima pesawat EC 725 AP TUDM, 2 pesawat A109, masing-masing sebuah pesawat Fennec dan Super Lynx serta formasi pesawat pejuang Hawk, F/A-18D dan SU 30MKM yang diketuai Lt.Kol. Mohd Faizal Abu Bakar.

-SH

Tinggalkan komen anda