Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Fun Walk Zahirkan Cinta Kami

By 3 September 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto: Ros Naini Arshad/ Zamri Abd Razak (Kuala Terengganu)

KUALA TERENGGANU, 3 Sep (Malaysiaaktif) – Tarikh keramat 31 Ogos mengukir pelbagai coretan kenangan yang tersendiri bagi rakyat Malaysia.

Ia disambut oleh segenap peringkat, sama ada di peringkat kebangsaan, negeri, daerah, komuniti, sekolah waima pra-sekolah sekalipun. Sambutan ini bukan sahaja lambang kesepaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa, agama dan budaya, tetapi juga menzahirkan rasa kecintaan kepada tanah air.

Bagi komuniti Kampung Gong Baru, tahun ini pendekatan baharu diambil dalam usaha untuk menzahirkan serta menyemarakkan rasa cinta dan taat setia mereka terhadap tanah air melalui aktiviti ‘Fun Walk’.

Wakil Pengarah Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional Negeri Terengganu, Kamaruddin Deraman dalam ucapan perasmiannya berharap agar aktiviti Fun Walk boleh diadakan dalam skala yang lebih besar dan kerap pada masa akan datang.

Flag-off peserta oleh Kamaruddin bin Deraman dan Ros Naini Arshad

Flag-off peserta oleh Kamaruddin bin Deraman dan Ros Naini Arshad

 

“Saya menyokong aktiviti Fun Walk ini. Pendekatan aktiviti ini merupakan serampang dua mata kerana bukan sahaja dapat menyemarakkan lagi rasa kecintaan kita kepada negara, malah sekaligus membersihkan persekitaran komuniti dan memantapkan ikatan perpaduan.

Pelbagai peringkat umur turut menyertai Fun Walk ini

Pelbagai peringkat umur turut menyertai Fun Walk ini

Menurut Pengerusi Komuniti Rukun Tetangga (KRT) Gong Baru, Haji Mohd Hanafiah Ismail, aktiviti Fun Walk ini adalah satu acara mini perarakan hari kebangsaan sambil bergotong-royong oleh penduduk kampung  bagi membersihkan persekitaran dan sungai dalam kampung tersebut.

Gotong-royong sambil berjalan membersihkan kawasan sekitar kampung

Gotong-royong sambil berjalan membersihkan kawasan sekitar kampung

Rata-rata para penduduk komuniti yang hadir juga berharap aktiviti seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai salah satu cara untuk mereka zahirkan kecintaan mereka pada tanah air.

-II-

Tinggalkan komen anda