Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

JaPen, SKMM, AADK dan TNB Santuni Masyarakat Pedalaman

By 24 September 2019Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Suhaimi Nik Wil(Kuala Krai)

KUALA KRAI, 24 Sep (Malaysiaaktif) – Program Merdeka @ Komuniti Kampung Bahagia anjuran Pejabat Penerangan Daerah Kuala Krai dengan kerjasama PIBG Sekolah Kebangsaan Bahagia yang diadakan di Dewan Sekolah Kebangsaan Bahagia, Kuala Krai telah berjaya menghimpunkan agensi-agensi Kerajaan Pusat iaitu Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Penolong Pengarah SKMM Negeri Kelantan, Wan Nurul Ain Wan Mohd Razali hadir menyampaikan penerangan berkaitan penamatan siaran TV Analog menyifatkan program ini merupakan platform terbaik dan wajar diperbanyakkan sebagai medium penjelasan kepada rakyat secara bersemuka dan mesej yang sampai kepada sasaran lebih tepat.

“Program sebeginilah sewajarnya diberi keutamaan agar orang ramai mendapat manfaat dan maklumat terkini hasil penerangan dilakukan oleh agensi-agensi Kerajaan Pusat mengenai inisiatif yang dilancar kerajaan atau pun perkara baru yang terkait dengan rakyat,“ tambahnya.

Pegawai TNB sedang menyampaikan taklimat rebat 40 TNB

Pegawai TNB sedang menyampaikan taklimat rebat 40 TNB

Menurut warga Kampung Bahagia, Mohd Azmi Yaakob, 42, beliau teruja dengan komitmen dan iltizam yang ditunjukan petugas agensi kerajaan dalam usaha mereka menyampaikan maklumat yang berhubung kait dengan rakyat walaupun melibatkan kampung yang berada jauh di pendalaman.

“Semoga kerja amal yang  dilakukan hari ini akan dirahmati dan diberkati oleh Allah. Membantu orang ramai merupakan amalan yang dituntut oleh agama dan sifat suka menolong orang wajar tertanam dalam diri, bakti kita kepada masyarakat secara tidak langsung membantu kerajaan merealisasi impian menyalur bantuan kepada rakyat menerusi inisiatif yang diperkenalkan,” tambah Mohd Azmi.

Menurut Penolong Pengarah PKPM Jabatan Penerangan Negeri Kelantan, Zaid Ahmad berkata sudah menjadi tanggungjawab Jabatan Penerangan untuk mengadakan program sebegini supaya maklumat dapat disalurkan secara telus dan terbuka.

Pegawai AADk sedang menyampaikan ceramah penyalahgunaan dadah

Pegawai AADk sedang menyampaikan ceramah penyalahgunaan dadah

“Merakyatkan agensi kerajaan merupakan impian kerajaan semasa ke arah memastikan setiap permasalahan rakyat dapat dikenal pasti dan seterusnya ditangani segera di samping membantu masyarakat dengan pelbagai inisiatif dan bantuan yang diperkenalkan kerajaan menerusi agensi Kerajaan Pusat untuk dimanfaatkan oleh rakyat sepenuhnya,” ujar beliau semasa membacakan teks ucapan bagi pihak Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Kelantan.

Ternyata sekali pendekatan komunikasi secara bersemuka merupakan kaedah terbaik agar setiap maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan atau pun pengumuman-pengumuman baharu kerajaan yang menjurus ke arah kepentingan rakyat dapat disalurkan secara terus kepada rakyat tanpa perlu perantara dan masyarakat akan merasa puas hati dengan penjelasan serta mampu bertanya perkara yang kurang difahami secara langsung.

Program yang bermula dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang telah dihadiri 300 orang masyarakat setempat untuk mendapatkan penjelasan mengenai inisiatif diperkenalkan kerajaan yang melibatkan agensi atau pun GLC milik kerajaan. Penjelasan oleh setiap wakil agensi telah berjaya merungkai kekeliruan dan kekusutan yang bermain di minda masyarakat luar bandar ini.

-NAZ

Tinggalkan komen anda