Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Nilai Hartanah Kampong Bharu Dipertikai

By 24 September 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/Foto: Azuraini Abd Majid/Parameswary Lekshmnan (Kuala Lumpur)

 

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Malaysiaaktif) ‚Äď Kementerian Wilayah Persekutuan tidak menolak kemungkinan Kerajaan akan¬†mengkaji¬†semula tawaran harga yang lebih tinggi bagi tujuan pengambilalihan dan pembelian tanah di Kampong Bharu berbanding harga RM850 sekaki persegi yang telah diumumkan.

 

Menurut Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad, perkara ini akan dipanjangkan kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir untuk dibincangkan secara terperinci memandangkan kebanyakkan pemilik dan pewaris Tanah Kampong Bharu kurang setuju dengan nilai yang ditawarkan.

 

‚ÄúSecara umumnya, perbincangan pada hari ini agak positif dan kebanyakkan mereka bersetuju dengan pembangunan semula, namun tawaran harga nilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) dipertikaikan ¬†kerana dikatakan sangat rendah ¬†berbanding ¬†harga tanah di Menara Berkembar Kuala Lumpur (KLCC) yang mencecah RM3,000 satu kaki persegi,‚ÄĚ ujar Khalid lagi.

Rina Mohd Harun selaku Ahli Parlimen Titiwangsa turut hadir menyertai sesi townhall yang berlangsung di Dewan Perdana FELDA

Rina Mohd Harun selaku Ahli Parlimen Titiwangsa turut hadir menyertai sesi townhall yang berlangsung di Dewan Perdana FELDA

 

Tambah beliau  sekiranya ada kenaikan  ia tidaklah banyak kerana Kerajaan terikat dengan penilaian yang dilakukan JPPH bagi mengekalkan syarat kepentingan pemilikan orang Melayu sahaja.

 

‚ÄúJika Kerajaan membeli ¬†dengan harga yang mahal, setelah pembangunan ¬†ia akan dijual pada harga yang mahal sedangkan hartanah Kampong Bharu ini mahu dikekalkan sebagai rezab Melayu,‚ÄĚ kata Khalid Samad pada sidang media Sesi Townhall bersama lebih 2,000 pemilik dan pewaris tanah Kampong Bharu di sini, hari ini.

 

Khalid Samad turut memberi jaminan bahawa kerajaan akan mengambil kepentingan semua pihak dan berharap pemilik tanah turut memikirkan masa depan hartanah Melayu di bandaraya Kuala Lumpur  ini.

 

Beliau juga menyatakan bahawa hasil perbincangan bersama Tun Mahathir akan diumumkan dalam jangka masa sebulan.

 

Terlebih dahulu ketika sesi townhall tersebut, menjadi hangat apabila pemilik dan pewaris tanah melontarkan pelbagai persoalan  menegenai projek tersebut.

Khalid Samad bersama barisan pengurusan Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu

Khalid Samad bersama barisan pengurusan Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu

 

Antaranya kadar tawaran yang rendah, hak pemilikan Melayu, pengekalan dan pemuliharan warisan serta identiti warisan Melayu serta pengecualian cukai Kerajaan.

 

Secara keseluruhannya, isu tawaran harga sebanyak RM850 untuk satu kaki persegi menjadi pertikaian utama sehingga ada segelintir pemilik dan pewaris mahukan Kerajaan melakukan semula penilaian terhadap hartanah tersebut dengan pihak ketiga.

 

Khalid  berharap perkara ini dapat diselesaikan selewat-lewatnya  Februari  2020 dan proses menandatangani surat perjanjian jual beli (S&P) akan diadakan pada  Jun  2020 jika semua pihak mencapai kata sepakat.

 

-AO

Tinggalkan komen anda