Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahPerak

Perayaan Kuih Bulan Warisan Bersama

By 15 September 2019Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Suzira Zainol Abidin (Ipoh)

IPOH, 15 Sep (Malaysiaaktif) – Sambutan perayaan kuih bulan merupakan warisan orang Cina dan perlu diraikan di negara ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Perak, Tan Kar Hing, berkata warisan ini adalah warisan seluruh negara kerana komposisi negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dengan majoriti kaum Melayu, Cina dan India.

“Majlis ini berperanan untuk mengumpul semua kaum bagi sama-sama menyambut dan menyaksikan sendiri sambutan perayaan ini selain merapatkan ukhwah antara satu sama lain.

“Dalam program ini juga beberapa elemen diketengahkan seperti tutorial pembuatan dan perarakan tanglung, persembahan wushu, pameran lukisan dan persembahan nyanyian,” katanya pada Sambutan Pesta Tanglung sempena program Merdeka@Komuniti Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Pulai, di sini semalam.

Kar Hing turut mengingatkan supaya jangan membangkitkan isu boikot-memboikot dalam kalangan rakyat.

“Kita berada di bawah negeri yang sama, rumpun yang sama, walaupun berbeza kaum tetapi kita adalah rakyat Malaysia,” tegasnya.

-SH

Tinggalkan komen anda