Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanMASabah

Tarik Pelancong Melalui Juadah Makanan

By 15 September 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Asmidar Zainol/Marusin Minuddin (Kota Kinabalu)

SANDAKAN, 14 Sept (Malaysiaaktif) – Juadah makanan tempatan mampu menarik lebih ramai pelancong ke Sabah terutamanya ke Sandakan.

Jamilah (kanan) dan Teoh (tengah) memotong reben bagi memperkenalkan Risalah Panduan Pelancongan Sandakan kepada umum.

Jamilah (kanan) dan Teoh (tengah) memotong reben bagi memperkenalkan Risalah Panduan Pelancongan Sandakan kepada umum.

Pengarah Negeri Tourism Malaysia (TM) Sabah, Jamilah Abd Halim berkata, selain penerokaan alam semulajadi dan melihat hidupan liar, kini makanan tempatan juga boleh dijadikan produk pelancongan.

“Melalui Pesta Makanan dan Pertanian Sandakan 2019, kita berharap dapat mempelbagaikan lagi produk pelancongan di daerah ini.

Antara makanan yang dijual.

Antara makanan yang dijual.

“Tahniah kepada penganjur, Persatuan Pelancongan Sandakan (STAN) di atas penganjuran kali kedua pesta ini dan kami di TM Sabah akan sentiasa menyokong usaha sejajar dengan kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 (TMM2020).

“Sebagai mempromosikan program dwi tahunan ini, TM Sabah membawa 22 penggiat media sosial dari semenanjung Malaysia dan Singapura untuk merasai juadah serta pengalaman meneroka Sandakan dan Lahad Datu,” ujarnya.

Antara makanan yang dijual.

Antara makanan yang dijual.

Antara aktiviti yang dilaksanakan oleh para peserta adalah meneroka Hutan Simpan Hidupan Liar Tabin, Lahad Datu; menyelusuri Sungai Kinabatangan; melawat Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok dan Pusat Pemulihan Borneo Sun Bear serta melawat tapak-tapak bersejarah di sekitar Sandakan.

Dalam pada itu, Jamilah turut berkata, pihak TM Sabah akan melancarkan risalah pakej terbaik pelancongan tempatan pada 19 September ini.

Antara mereka yang hadir.

Antara mereka yang hadir.

“TM Sabah akan melancarkan risalah himpunan dan pelancaran paparan logo TMM 2020 di pesawat Mas Wings yang akan disempurnakan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai bahan promosi TMM2020 di dalam dan luar negara.

“Kita berharap ia akan dapat membantu kerajaan negeri meningkatkan kehadiran pelancong dalam dan luar negara pada masa hadapan,” katanya selepas mengedarkan Risalah Panduan Pelancongan Sandakan yang telah dilancarkan pada 7 September lalu di MATTA Fair Kuala Lumpur kepada mereka yang hadir.

CK Teoh

CK Teoh

Sementara itu, Presiden STAN, CK Teoh berkata, objektif utama penganjuran festival berkenaan adalah untuk menaikkan semula Sandakan sebagai lokasi utama destinasi pelancongan.

“STAN memberi fokus kepada tiga bidang utama pelancongan iaitu hidupan liar, makanan dan cerita-cerita berkenaan sejarah Sandakan.

Salah seorang yang hadir merasai makanan yang dibeli di Pesta berkenaan.

Salah seorang yang hadir merasai makanan yang dibeli di Pesta berkenaan.

“Pesta ini merupakan program utama untuk memperkenalkan Sandakan sebagai syurga makanan di Sabah.

“Oleh itu, pelancong yang datang ke Sandakan boleh merasai ketiga-tiga pengalaman ini di sini,” kongsinya pada majlis perasmian Pesta Makanan dan Pertanian Sandakan 2019 di tempat letak kereta berhampiran Sekolah Menengah Yu Yuan di Bandar Kim Fung, pada Jumaat.

Mereka yang hadir menunjukkan Risalah Panduan Pelancongan Sandakan.

Mereka yang hadir menunjukkan Risalah Panduan Pelancongan Sandakan.

Bagi mendapatkan perkembangan terkini berkaitan aktiviti promosi TM Sabah, orang ramai boleh melayari laman sosial Facebook: Tourism Malaysia Sabah.

ER

Tinggalkan komen anda