Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanMASabah

Persatuan Warga Emas Medium Ahli Kekal Aktif

By 24 September 2019Tiada komen4 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ Foto: Hazlinah Samsir / Mastim Kiriman (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 24 Sept (Malaysiaktif) – Persatuan warga emas merupakan medium bagi ahlinya agar sentiasa aktif secara mental dan fizikal.

Pengasas Persatuan Kecergasan dan Pembangunan Orang Tua Kota Kinabalu (KOAT), Koo Yuan Jo.

Pengasas Persatuan Kecergasan dan Pembangunan Orang Tua Kota Kinabalu (KOAT), Koo Yuan Jo.

Pengasas Persatuan Kecergasan dan Pembangunan Orang Tua Kota Kinabalu (KOAT), Koo Yuan Jo, 71, berkata pelbagai jenis aktiviti dijalankan secara harian, bulanan dan tahunan.

“Antara aktiviti harian yang kita lakukan ialah karaoke, permainan snooker, ping pong dan juga bagi yang minat untuk bercucuk tanam, ruang disediakan di bahagian laman.

Sesi pemeriksaan kesihatan.

Sesi pemeriksaan kesihatan.

“Selain itu, bagi terus memastikan minda warga tua sentiasa aktif, terdapat juga ruang untuk membuat kraf tangan dan menguruskan lawatan ke luar negara pada setiap tahun.

“Pada tahun lepas, lawatan diadakan ke Taiwan di mana ahli-ahli terpilih berpeluang ke luar negara dan mengamati gaya hidup di sana untuk dipelajari dan dipraktikkan di sini demi mengamalkan gaya hidup sihat di usia tua.

Ahli KOAT beratur mendapatkan pemeriksaan kesihatan dan mendapatkan bahan edaran terkini mengenai bantuan kerajaan.

Ahli KOAT beratur mendapatkan pemeriksaan kesihatan dan mendapatkan bahan edaran terkini mengenai bantuan kerajaan.

“Usia yang semakin meningkat membuatkan badan dan minda semakin lemah, melalui aktiviti harian dan kehidupan sosial yang sihat, persatuan memastikan warga tua menjaga kesihatan dan kekal aktif,” katanya.

Tambah Koo, lebih 500 ahli berdaftar dalam persatuan KOAT dan penyertaan juga terbuka kepada semua bangsa bagi penduduk sekitar Kota Kinabalu.

Pengerusi Persatuan Warga Emas Daerah Matunggong, Prodong Magilin.

Pengerusi Persatuan Warga Emas Daerah Matunggong, Prodong Magilin.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Warga Emas Daerah Matunggong, Prodong Magilin, 77 berpendapat persatuan warga emas penting dalam menjaga kebajikan ahlinya.

“Selain memastikan ahli menjalani gaya hidup yang sihat, persatuan juga bertanggungjawab dalam memastikan kebajikan warga tua terjaga.

Peter (kiri) ketika menyampaikan ucapan.

Peter (kiri) ketika menyampaikan ucapan.

“Persatuan yang berdaftar di bawah Majlis Persatuan Warga Tua Sabah (COSCA) membolehkan keperluan dan suara ahli persatuan disampaikan kepada kerajaan.

“Ia tidak semestinya dalam bentuk dana dalam menjalankan aktiviti, tetapi juga agar kami tidak dipinggirkan oleh masyarakat,” ujarnya.

Presiden, Majlis Persatuan Warga Emas Sabah (COSCA), Jimmy Ng Thau Syn.

Presiden, Majlis Persatuan Warga Emas Sabah (COSCA), Jimmy Ng Thau Syn.

Dalam pada itu, Presiden COSCA, Jimmy Ng Thau Syn, 82, berpuas hati dengan kerajaan terkini dalam aspek dorongan dan bantuan kewangan.

“Terdapat 14 persatuan warga tua di seluruh Sabah yang berdaftar di bawah COSCA dan pada tahun ini, melalui Majlis Perkhidmatan Masyarakat Sabah (MPMS) kami mendapat pertambahan dana dari tahun sebelumnya.

SUASANA....ahli KOAT mendengar ucapan Peter (kiri).

SUASANA….ahli KOAT mendengar ucapan Peter (kiri).

“Meski ia belum mencapai permintaan kami sebanyak RM10,000 bagi setiap persatuan, kami bersyukur atas layanan, kerjasama dan bantuan yang semakin baik.

“Persatuan warga emas bukan hanya demi kepentingan warga tua sahaja, malah sebenarnya ia berkait rapat dengan perpaduan kaum di negeri ini.

Jimmy (dua dari kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada penceramah undangan sambil diperhati Peter (tiga dari kiri).

Jimmy (dua dari kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada penceramah undangan sambil diperhati Peter (tiga dari kiri).

“Untuk rekod, ahli Persatuan Warga Emas Daerah Matunggong terdiri daripada bangsa Rungus, manakala Persatuan Warga Emas Kinabatangan terdiri daripada bangsa Sungai, kami di sini pula kebanyakan daripada bangsa Cina, namun apabila kita mengadakan aktiviti, kami bersatu padu tanpa mengira bangsa,” katanya ketika ditemui media dalam Program Jiwa Murni Bersama Ahli-ahli KOAT, di sini, pada Ahad.

Menurut Pegawai Penerangan Daerah Kota Kinabalu, Peter Tong Ah Pin, program tersebut dianjurkan bagi mendekati warga tua dan menyampaikan maklumat mengenai kesihatan.

SUASANA....sambutan hari jadi ahli-ahli KOAT.

SUASANA….sambutan hari jadi ahli-ahli KOAT.

“Dalam program ini, kita bekerjasama dengan klinik kesihatan Luyang yang menjalankan pemeriksaan kesihatan dan memberikan taklimat kesihatan kepada ahli yang hadir.

“Kesempatan ini juga digunakan untuk mengedarkan maklumat mengenai bantuan kerajaan seperti Peka B40, MySalam dan beberapa info terkini,” ujarnya.

Kira-kira 150 ahli persatuan KOAT hadir ke program yang diadakan dari pukul 9 pagi itu. Di samping berpeluang menjalankan pemeriksaan kesihatan dan mendengar taklimat, sambutan hari jadi bagi ahli KOAT turut berlangsung.

ER

Tinggalkan komen anda