Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanHomeMASabah

Lebih 10 Ribu Meriahkan Majlis Ramah Mesra KDM Nabawan

By 27 Oktober 2019Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto:Asmidar Zainol (Nabawan)

NABAWAN, 27 Okt (Malaysiaaktif) – Lebih 10 ribu penduduk sekitar Nabawan memeriahkan Majlis Ramah Mesra YB Datuk Peter Anthony Bersama Masyarakat Kadazan, Dusun, Murut (KDM) di sini, pada Sabtu.

Peter semasa menyampaikan ucapan perasmian.

Peter semasa menyampaikan ucapan perasmian.

Menteri Pembangunan Infrastruktur itu berkata, majlis berkenaan menjadi platform kepada kerajaan untuk mendapatkan maklumat permasalahan penduduk di peringkat akar umbi.

“Majlis ini dianjurkan sebagai cara untuk mendekati rakyat dan saya percaya melalui pendekatan seperti ini ramai rakyat yang boleh kita temui dan banyak maklumat yang boleh didapati disebabkan mereka ini sukar untuk ke pejabat kita di Kota Kinabalu.

Salah seorang peserta cilik yang mengambil bahagian.

Salah seorang peserta cilik yang mengambil bahagian.

“Sejak program ini dilakasanakan banyak masalah dapat di selesaikan terutamanya di peringkat kampung antaranya masalah kesihatan, tanah, jalan, jambatan dan masalah yang melibatkan pendidikan.

“Mana masalah yang boleh kita selesaikan dengan segera, kita akan selesaikan, mana yang perlu diangkat ke peringkat kementerian kita akan angkat dan selesaikan kemudian,” ujarnya.

Peter (tengah) bergambar kenangan bersama mereka yang hadir.

Peter (tengah) bergambar kenangan bersama mereka yang hadir.

Peter yang juga Presiden Pertubuhan Kadazan Dusun Murut (KDM) Malaysia turut berkata, majlis seumpamanya juga dapat mengeratkan silaturahim di antara etnik di daerah ini.

“Dengan program sebegini, sudah tentu bukan sahaja masalah dapat di selesaikan, tetapi juga dapat mengeratkan hubungan, kekeluargaan, keakraban dan perpaduan.

Peter (duduk) menyarungkan kaki palsu kepada penerima.

Peter (duduk) menyarungkan kaki palsu kepada penerima.

“Pada hari ini, ribuan penduduk kampung bersama-sama dengan kita, bercerita, apa masalah mereka hadapi, bersantai dan bertukar-tukar cerita.

“Saya percaya program Ini merupakan sesuatu yang baik dan perlu diteruskan di kawasan-kawasan yang lain,” jelasnya kepada media.

Antara peserta pertandingan pakaian tradisi etnik Murut.

Antara peserta pertandingan pakaian tradisi etnik Murut.

Pada program berkenaan, Peter turut meluluskan peruntukan untuk membeli empat buah bot dan enjin sangkut kepada penduduk di Penggalungan, Pesiangan bagi kegunaan harian dan kecemasan.

“Pada hari ini kita berjaya menyelesaikan masalah pengangkutan air, saya telah meluluskan pembelian empat buah bot dan empat enjin sangkut.

Antara pengunjung yang hadir.

Antara pengunjung yang hadir.

“Ini kerana, kawasan Penggalungan atau Pensiangan mempunyai sungai yang deras bukan sahaja untuk kegunaan harian pengangkutan tetapi juga bila ada masalah orang sakit yang memerlukan pengangkutan ke hospital dengan segera, “katanya.

Dalam pada itu, Peter turut memaklumkan mulai tahun hadapan kementeriannya akan menaiktaraf jambatan berstatus kayu kepada jambatan konkrit secara berperingkat.

Antara pengunjung yang hadir.

Antara pengunjung yang hadir.

Hadir sama pada program ialah Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (Sedco), Datuk Dr Richard S Gunting; Pegawai Daerah Nabawan, Virus Malitam, ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan negeri dan persekutuan serta ketua-ketua adat.

ER

Tinggalkan komen anda