Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanMASabah

20,000 Pengunjung Banjiri Tamu Besar Kota Belud

By 27 Oktober 2019Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Juslie Bacle/Nasrie Tapisil (Kota Kinabalu)

KOTA BELUD, 27 Okt (Malaysiaaktif) – Lebih kurang 20,000 pengunjung hadir membanjiri Tamu Besar Kota Belud yang berlangsung selama dua hari.

Ketibaan Tun Juhar disambut dengan menaiki usungan tradisi.

Ketibaan Tun Juhar disambut dengan menaiki usungan tradisi.

Namun, pelbagai acara menarik dijalankan sejak 12 Oktober lagi sebagai pengisian Tamu Besar termasuk penjualan produk-produk dan hasil keluaran tempatan serta pameran dari jabatan serta agensi kerajaan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, tamu itu merupakan tamu yang terbesar di negeri Sabah.

Tun Juhar disambut dan diiringi oleh Shafie dan para tetamu kehormat.

Tun Juhar disambut dan diiringi oleh Shafie dan para tetamu kehormat.

“Ia bukan sahaja memaparkan keunikan pelbagai kesenian, tradisi dan warisan budaya masyarakat setempat, tetapi juga bertindak sebagai wadah perpaduan masyarakat yang berbilang kaum dan agama.

“Sejak dahulu lagi tamu-tamu yang ada di Sabah berperanan sebagai pusat komunikasi yang amat berkesan dalam mewujudkan perpaduan dan persefahaman semua kaum di negeri ini.

Tun Juhar disambut dan diiringi oleh Shafie dan para tetamu kehormat.

Tun Juhar disambut dan diiringi oleh Shafie dan para tetamu kehormat.

“Bermula dengan aktiviti perdagangan tukar barangan, persahabatan dan pergaulan telah berjaya membentuk satu gabungan masyarakat berbilang kaum yang saling memahami dan bantu membantu antara satu sama lain.

“Kini, Tamu Besar Kota Belud lebih bersifat komersial dan pengisiannya boleh di struktur semula sebagai satu produk yang menguntungkan terutama dalam usaha meningkatkan ekonomi dan pendapatan masyarakat setempat,” katanya.

Diyana (kiri) menyampaikan cenderakenangan kepada Tun Juhar (dua dari kiri) sambil diperhati Shafie (tengah).

Diyana (kiri) menyampaikan cenderakenangan kepada Tun Juhar (dua dari kiri) sambil diperhati Shafie (tengah).

Tambah Shafie, produk-produk kraftangan seperti kain dastar, parang, tikar selisir, tudung, dulang dan hasil-hasil kraf daripada rotan yang tidak asing lagi perlu ditonjolkan sebagai produk pelancongan.

Di samping itu, Shafie juga menyeru agar pemimpin-pemimpin setempat memberi fokus dan perhatian pada pembangunan daerah serta merancang untuk meningkatkan ekonomi serta sumber pendapatan masyarakatnya.

Antara tetamu jemputan dan pengunjung yang hadir pada majlis.

Antara tetamu jemputan dan pengunjung yang hadir pada majlis.

Shafie berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Tamu Besar Kota Belud di sini, pada Ahad.

Sementara itu, perasmian Tamu Besar Kota Belud 2019 disempurnakan oleh Yang Di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Juhar Mahirudin.

Antara tetamu jemputan dan pengunjung yang hadir pada majlis.

Antara tetamu jemputan dan pengunjung yang hadir pada majlis.

Turut hadir, isteri Yang Dipertua Negeri, Toh Puan Norlidah R.M. Jasni; Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Ewon Benedick; Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Isnaraissah Munirah Majilis; Ahli Dewan Undangan Negeri Tempasuk, Datuk Musbah Jamli; Ahli Dewan Undangan Negeri Usukan, Datuk Japlin Akim; Pegawai Daerah Kota Belud, Diyanah Abdullah dan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah.

ER

Tinggalkan komen anda