Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Rakyat Malaysia Tidak Bijak Urus Wang

By 4 Oktober 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/Foto: Parameswary Lekshmnan/Edawati Sulaiman (Kuala Lumpur)

 

KUALA LUMPUR, 4 Oktober (Malaysiaaktif) – Kebanyakan rakyat Malaysia tidak dilengkapi dengan pengetahuan literasi kewangan walaupun ramai yang menganggap mereka mampu menguruskan kewangan mereka dengan baik.  Namun  hasil Kajian Literasi Kewangan Malaysia RinggitPlus 2019 (RMFLS 2019) dengan kerjasama Visa mendapati keputusan adalah sebaliknya.

 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif RinggitPlus, Liew Ooi Hann melalui kajian tersebut mendapati sebanyak 70 peratus rakyat Malaysia mengaku mereka mampu mengawal kewangan namun  lebih 53 peratus responden mengakui mereka tidak boleh bertahan lebih daripada 3 bulan  hanya dengan menggunakan wang simpanan yang ada.

 

“Kajian ini turut mendedahkan 43 peratus rakyat Malaysia membelanjakan semua pendapatan mereka atau lebih dan statistik ini meningkat sebanyak 10 peratus berbanding tahun lalu”, jelas Hann di majlis pembentangan Kajian Literasi Kewangan Malaysia RinggitPlus 2019 (RMFLS 2019) bertempat di Pejabat RinggitPlus, Bangsar South di sini hari ini.

Hann ketika membentangkan hasil dapatan Kajian Literasi Kewangan Malaysia RinggitPlus 2019 (RMFLS 2019)

Hann ketika membentangkan hasil dapatan Kajian Literasi Kewangan Malaysia RinggitPlus 2019 (RMFLS 2019)

“Kajian yang dilaksanakan ini penting dalam memberikan lebih nilai untuk wang yang dibelanjakan oleh rakyat Malaysia  dengan menumpukan lebih banyak usaha ke arah meningkatkan tahap literasi kewangan negara dan kurangnya kesedaran terhadap pengurusan kewangan peribadi merupakan cabaran untuk semua,” ujar Hann lagi.

 

“Rakyat Malaysia perlu mengambil langkah sewajarnya walaupun  mengetahui  kepentingan kewangan dan sedar tentang realiti kewangan masing-masing. Walaupun mereka mempunyai simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) namun 34 peratus responden berpendapat ia tidak mencukupi untuk persaraan,” jelasnya.

 

Han memberitahu  RMFLS 2019 telah menerima lebih 8,000 maklum balas daripada orang ramai seluruh negara sebagai sampel yang mewakili populasi Malaysia dalam kajian ini. Beliau berkata RinggitPlus percaya Malaysia boleh menjadi lebih baik apabila rakyatnya memahami kepentingan pengurusan kewangan selaras dengan misi RMFLS menekankan kepentingan menangani isu celik kewangan di negara ini.

 

– AO

Tinggalkan komen anda