Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

Khatan Perdana Jimatkan Perbelanjaan Ibu Bapa

By 27 November 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto: Muhamad Zaini Dollah/ Mohd Faizal Mat Akhir (Seberang Perai Selatan)

NIBONG TEBAL, 27 Nov (Malaysiaaktif) – Seramai 102 orang kanak kanak diraikan penuh meriah, diarak dengan paluan kompang, bunga mangar, persembahan silat dan mandi beramai-ramai sempena Program Khatan Perdana Nibong Tebal anjuran bersama Pusat Khidmat Parlimen Nibong Tebal dan Kadun Jawi bertempat di Dewan Serbaguna Jawi, di sini semalam.

Perarakan kompang bagi meraikan kanak-kanak dan orang ramai

Perarakan kompang bagi meraikan kanak-kanak dan orang ramai

Program yang sinonim sewaktu musim cuti sekolah ini mendapat sambutan amat menggalakkan daripada masyarakat, terutamanya ibu bapa dalam menunaikan tanggungjawab mengkhatankan anak lelaki mereka yang akan beralih ke alam dewasa.

Kanak-kanak dimandikan dengan air oleh Bomba sebelum dikhatankan

Kanak-kanak dimandikan dengan air oleh Bomba sebelum dikhatankan

Ahli Parlimen Nibong Tebal, Datuk Mansor Othman ketika ditemui berkata, “Bayaran murah iaitu sebanyak RM20.00 sahaja dapat menjimatkan belanja serta diharapkan dapat membantu untuk meringankan bebanan ibu bapa yang berpendapatan rendah dalam menunaikan tanggungjawab yang dituntut oleh agama,” katanya.

Di antara peserta berkhatan

Di antara peserta berkhatan

“Alhamdulillah, program ini telah berjaya mendapat sambutan yang meriah dan menggalakkan oleh masyarakat setempat,” tambahnya lagi.

Turut hadir pada majlis ini ialah Adun Jawi, H’ng Mooi Lye dan Adun Sungai Bakap, Dr. Amar Pritpal.

-II-

Tinggalkan komen anda