
Laporan/foto : Mazlin Basir/Noor Hidayah Mohd Izam (Batu Pahat)
BATU PAHAT, 2 Dis (Malaysiaaktif) – Ketua Kampung memainkan peranan yang penting dalam pembangunan sesebuah kampung di mana mereka berperanan merancang dan menggunakan sumber yang ada untuk melaksanakan aktiviti selain menyatupadukan penduduk serta membina kehidupan masyarakat kampung yang sejahtera.
Menurut Pegawai Daerah Batu Pahat Zulkiflee Abbas, Pejabat Menteri Besar Johor telah bersetuju untuk memberikan komputer riba secara one off sebagai inisiatif kepada semua Ketua Kampung dan Ketua Masyarakat di Negeri Johor.
Pada hari ini seramai 192 orang penerima yang terdiri daripada 172 orang Ketua Kampung Tradisional dan 20 orang Ketua Masyarakat Kampung Baharu layak menerima bantuan tersebut.

Ketua Kampung Parit Kuda Mukim Lubok, Mohd Faizal Dolah berterima kasih kepada kerajaan negeri Johor atas penyerahan komputer riba ini.
“Saya berharap dengan adanya bantuan komputer riba ini akan dapat membantu kerja-kerja perkhidmatan khususnya dalam mengemaskini profil kampung, menaip minit mesyuarat Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan pelbagai permohonan peruntukan kerajaan.
“Saya berharap Ketua Kampung dapat menggunakan kemudahan yang telah diberikan dengan sebaik mungkin,” katanya ketika menyampaikan ucapan di Dewan Terbuka Pejabat Daerah Batu Pahat pagi tadi.
Tidak dinafikan antara faktor yang menjadi penentu kejayaan sesebuah kampung adalah bergantung kepada kecekapan kepimpinan dan urus tadbir yang diterajui oleh Ketua Kampung dan seterusnya barisan Ahli Jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).
Institusi ini adalah tunjang dalam menentukan pembangunan kampung dan komuniti masyarakat luar bandar di mana peranan dan fungsi MPKK adalah sebagai mata dan telinga serta penghubung antara kerajaan dan rakyat sehingga ke peringkat akar umbi.
MPKK juga berperanan penting sebagai penangkis fitnah yang dilemparkan oleh pihak-pihak luar yang cuba mengganggu gugat kestabilan Negara dan asas perpaduan amat diutamakan di mana peranan MPKK itu sendiri membantu dan memberi khidmat kepada komuniti setempat tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik.
“Saya yakin dengan kerjasama baik yang sedia terjalin antara Kerajaan Negeri dan MPKK akan mampu meningkatkan imej dan melakar kejayaan MPKK sebagai salah satu badan penggerak utama sesebuah kampung yang diterajui oleh Ketua Kampung itu sendiri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam kawasan Daerah Batu Pahat turut hadir memeriahkan majlis pada hari ini.
“Dengan ini, pembangunan masyarakat luar bandar akan dapat dilestarikan dan dinikmati bersama,’’ tambahnya lagi.
Dalam pada itu, Ketua Kampung Parit Kuda Mukim Lubok, Mohd Faizal Dolah berkata beliau berterima kasih kepada kerajaan negeri Johor di atas pemberian komputer riba kepada seluruh Ketua Kampung bagi memudahkan tugasan harian selain menunjukkan keprihatinan terhadap kepimpinan di peringkat akar umbi.
Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri Penggaram Gan Peck Cheng, Ahli Dewan Undangan Negeri Pt Yaani Aminolhuda Hassan, Ahli Dewan Undangan Negeri Semerah Mohd Khuzzan Abu Bakar, Ahli Dewan Undangan Negeri Senggarang Ir. Khairuddin A. Rahim dan Ahli Dewan Undangan Negeri Yong Peng Chew Peck Choo.
-NI-